Bismillah,
Alhamdulillah akhirnya perang di ghazzah terhenti seketika walaupun pd jangkaan saya ia akan bermula kembali kerana bumi Al-quds mmg akan berterusan dalam keadaan dicabar oleh musuh Islam dan akan ada sebilangan org yg bangkit bg menentang kebatilan tersebut.
Sepanjang tempoh perang 22 hari tersebut,berbagai respon dr masyarakat antarabangsa dan juga malaysia khususnya yang menzahirkan amarah kpd tindakan rejim haram zionis yg brutal dan sama sekali tindakan yg tidak bertamadun itu.Dan alhamdulillah pelbagai inisiatif dr muslimin seluruh dunia dilancarkan bg meringankan derita saudara kita di ghazzah.Juga terima kasih kpd ust Salman Maskuri yg memberi penyampaian khas ttg palestin yg begitu menyentuh perasaan.
juga kpd PMRAM yg melancarkan tabung satu genih untuk satu nyawa.
Sebagai kesinambungan kuliah khas palestin juga,semua sc diberi tajuk khusus ttg isu berkaitan palestin.
Sepanjang tempoh tersebut hingga post ini,saya belum berkesempatan untuk berkomentar ttg apa yg dpt kita nilai dr peristiwa yg begitu dasyat ini.Saya lebih suka berbicara dr sudut dunia Islam atau dunia Arab khususnya berbanding secara general.
Yang pertama yg kita dpt perhati ialah,umat Islam di Palestin seolah-olah dinafikan akidah mereka,
sehinggakan mereka dibiar terkapai-kapai dibantai tentera zionis.Sedangkan Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud:
Itu yg pertama,kemudian ujian mereka ditambah dgn keengganan Mesir utk membuka sempadan Rafah,seolahnya membiarkan kambing yg terkurung dengan sang harimau.Tidak membantu itu satu isu dan tindakan membunuh ini satu isu yang amat serius.Agak menyedihkan juga apabila masyrakat setempat terus dilihat meneguk pepsi,coke dan sebagainya yg diwartakan muqoto'ah(diboikot). Namun semangat segelintir orang disini alhamdulilah begitu tinggi utk membantu sehingga sanggup menanggung risiko jika ke sana.
Saya juga merasa gembira apabila mendengar para mahasiswa Malaysia dibenarkan menyertai perhimpunan aman membantah kekejaman zionis.Namun perlu diingatkan agar jangan kita bersemangat kosong semata-mata tanpa mempunyai pandangan yg jelas ttg isu Palestin ini.
Kerana yg demikian akn menyebabkan kita lupa apabila isu ini reda,sedangkan musuh Islam itu tidak pernah berhenti dari mengatur plan dan merencana usaha bg menjatuhkan Islam.
sekian nukilan kali ini,wallahua'lam.





