Mencuri-curi masuk

Salam ramadhan....rasanya tak berapa lambat lagi nk ucap ni.
Setelah lama terbiar akhirnya dapat juga curi-curi masuk blog ni....huh~
(masuk ni pon tak tau kne 'tembak' ke tak)

Tengah sibuk-sibuk stadi ni nak kena rehat gak kan...kan.....??
maka alkisahnya saya pon berjalan-jalan menengok-nengok gambar orang Malaysia, tiba-tiba plak.....terdetik~
"kalau balik kampung sedap jugak ni"
aduh....tengok gambar seorang budak kecik yang bernama Fallah Irsyad, saya pon post la komen kt gambar tu(kt album my bro :) ),
"sape die ni? tak pernah nampak pon..."
Lepas tu terus nak recall siapa budak kicik kt kampung....siapa??

Otw nk ke kedai baru teringat......
Fallah tu anak sepupu saya....haha
Dia baru lahir sebelum datang sini, sekarang mestila da besar.
Teringat lak kat Hakimi, asik nak berkelek je Kimi nih. Kalau dukung senyap la die, suka pandang ke luar rumah nak mintak orang bawak jalan-jalan kt luar.

Apapun, 3,4 tahun lagi balik raya....
budak-budak kecik nih mesti kenal abg uda diorng.....kalau tak sorang-sorang kena sekeh.
=))
Kepada keluarga, sahabat handai, kawang-kawang.....Selamat berpuasa~
Semoga amal kita diterima Allah.

Label:

Diri ini PRO atau KONTRA??!


Bismillah,

Berbeza pendapat memang menjadi lumrah bermasyarakat, hatta dikalangan sahabat baginda pun berbeza pendapat apalagi manusia yang banyak berdosa seperti kita(seperti saya tepatnya).
Semenjak dua menjak ni, saya membelek akhbar maya berita-berita dari nun disana masih berkisar tentang akta keselamatan dalam negeri(ISA), kes pembunuhan Teoh, dan wabak H-satu-N-satu a.k.a selsema BABI yang sehingga kini meragut 18 nyawa di Malaysia.
Kadang-kadang bosan tapi itulah hakikat yang perlu diterima.

Tapi saya lebih tertarik setiap kali berita mengenai ISA sama ada pro atau kontra,
mengapa??
kerana ia merupakan akta yang mempunyai nilai sejarah..(hehe...acah je)

Pada 1 Ogos lepas diadakan demonstrasi jalanan yang menyebabkan kedai-kedai dan jalan-jalan ditutup, hinggakan saman dikemukakan mencecah 10 juta!!
Rentetan demonstrasi itu seorang mufti melontarkan komentar bahawa perhimpunan jalanan itu haram.
Kita ni negara DEMOKRASI, bukan DEMONSTRASI !!.

Alhamdulillah, kalau mufti selantang itu kan bagus perhimpunan HARAM takkan ada.
Takkan ada perhimpunan menonton konsert-konsert yang melalaikan (eh....perhimpunan ni termasuk ke?? xpernah dengar pulak fatwa pasal ni)
Maka saya sokong demonstrasi jalanan membawa kerugian masa mahupun material.
Tapi....(tapi...tapi...)
Macam la sekalian demonstran tu suka-suki buat begitu, penganggur pun tak sanggup.

Siapa yang salah akta ke bantahan???
Saya sokong ISA!!
Kenapa??
  1. ISA diperkenalkan oleh tetamu kehormat kita, bagi menangani kegiatan subversif komunis di Tanah Melayu.Namun atas sebab-sebab yang munasabah ia dikekalkan(munasabah itu subjektif mengikut interpretasi masing-masing)
  2. Kem Guantanamao akan ditutup kerana suspek ditahan tanpa bicara, kalau kem tu ditutup siapa nak warisi??.
  3. ISA juga penting bagi menangani musuh dalam selimut, sebab musuh dalam selimut tak nampak kecuali diangkat selimut.
Tapi sayang......bagi saya alasan itu tertolak.Walaupun nak menolak itu terasa berat(takut komunis datang lagi!!)
Saya cuba mengaitkan isu sekarang dengan masa lalu ketika Baginda S.A.W hidup.
Jika kita meneliti sirah Nabi S.A.W, kita akan dapati baginda tidak pernah menggunakan pendekatan seperti ini.
Jika dikatakan pendekatan ini turut diguna-pakai kebanyakan negara lain dalam era moden ini,
maka kita perlu jelas apakah orientasi penilaian kita, majoriti?? kuasa veto?? dan sebagainya atau nabi S.A.W??
Saya sorotkan sedikit apa yang dibincangkan dalam riyadus salihin imam Nawawi yang disyarah oleh Ust Salman Maskuri.
  1. Yang pertama, dalam bab taubat. Dimana Ka'ab bin Malik r.a menceritakan dalam hadis yang panjang, tentang dirinya yang tidak menyertai perang Tabuk tanpa uzur.Walhal beliau mampu dari segi material dan fizikal melebihi orang lain.Maka setelah perang tamat dan orang yang cicir menyertai perang menemui Nabi S.A.W untuk memberi penjelasan.Maka Ka'ab ingin beralasan dan jika dia beralasan dan berhujah dia pasti akan menang kerana beliau sememangnya berbakat dalam berjadal(berhujah) namun beliau berkata benar,begitu juga 2 orang lagi sahabat iaitu Murarah bin Rabi' Al-'amriy dan Hilal bin Umayyah Al-waqifiy. Mereka dihukum pulau, sedang orang lain sama ada uzur ataupun orang munafik yang beralasan. Namun Nabi S.A.W mengiyakan sahaja sesiapa yang memberi alasan(Nabi tidak meragui apa yang dikatakan kepadanya). Sedangkan orang munafik ini bahayanya sehingga duduk di dasar neraka!!
  2. Yang kedua dalam bab menjalankan hukuman kepada manusia berdasarkan yang zahir dan menyerahkan yang rahsia(tersembunyi) kepada ALLAH ta'ala. Usamah bin Zaid bercerita ketikaa Nabi S.A.W mengutus mereka memerangi kaum Juhaynah, beliau dan seorang sahabat ansar mengepung seorang lelaki tatkala itu lelaki itupun mengucap syahadah. Sahabat ansar tadi diam, maka Usamah r.a. menombak dan lelaki tadi mati. Apabila diceritakan kepada Baginda S.A.W, baginda marah dan mengulangi pertanyaannya sama ada beliau membunuhnya selepas dia mengucap. Dalam riwayat yang lain Nabi berkata "mengapa tidak dikeluarkan hatinya agar kau tahu dia berkata benar atau tidak".
Maka, siapa yang punya mata ini adalah yang dibuat baginda S.A.W. Tapi jika mahu terus menutup mata terserah.
Prinsip "nahnu nahkum bizzawahir wa nada'u assa'air ilAllah"(kami menghukum berdasarkan yang zahir, dan kami tinggalkan yang tersembunyi kepada ALLAH) ini yang diajar baginda S.A.W.

Tak cukupkah tangisan anak-anak yang dahagakan kasih bapa,
Tak cukupkah air mata ibu-ibu yang seolahnya balu mengelola keluarga,
Perlukah air mata mereka ditadah buat menyiram dakwat akta ini??
Dan paling penting, tak cukupkah menyerahkan masalah yang tidak kita ketahui kepada ALLAH(kata yakin pada ALLAH??).
Mungkin mereka yang ingin memelihara akta ini sudah punya jawapan dimahkamah Tuhan kelak, kita yang tidak mampu menjawab kelak jangan turut serta.
Cukuplah dosa-dosa kita kepada Tuhan saat demi saat, hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun hingga kita dijemput.Kelak jenuh kita hendak memohon maaf di mahsyar kepada mereka yang teraniaya(ke ade yg prepare GPS masa tu??...terserah).


wallahua'lam.


Label:

Lembaran Baru

Bismillah,

Sedar tak sedar hari ini kita melangkah masuk nisfu Syaaban.
Sebaiknya pd mlm ini kita memohon maaf kepada kenalan-kenalan andai ada kesilapan yang sengaja ataupun terrrr....

Semoga dosa-dosa kita yang lalu diampunkan oleh Allah ta'ala dan diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang akan datang dengan lebih baik.
Buku amalan lama telah ditutup, maka sewajarnya sebagai seorang mukmin kita perlu mengambil inisiatif agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Walaupun hanya selangkah menuju Ramadhan, janganlah kita lalai beramal kerana hanya melihat Ramadhan sedangkan Syaaban disia-siakan(ni kena muka sendiri nih~ ).

Jika lembaran baru maka diharap agar ia menjadi suatu turning point bagi diri kita berubah menjadi lebih baik.
Jika telah melakukan seperti yang dituntut, semoga ia menjadi momentum untuk terus istiqamah kerana hati itu sememangnya berubah-ubah.
adakalanya nasyat dan futur. Maka mohonlah kepadanya agar ditetapkan hati dengan Islam.

"Ya ALLAH bantulah aku mengingatiMU,dan mensyukuri nikmat-nikmatMU dan mengamalkan sebaik-baik ibadah kepadaMU"

Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan hingga ke penghujungnya.
Sekian~

*untuk maklumat detail ttg bulan Syaaban boleh klik link Ust Salman http://akhisalman.blogspot.com/2009/07/bulan-rejab.html =)


Label:

Followers

Azan

online Trafik