"Saya tengok tangan encik pun dah tau..."
Cuak tak kalau anda ke klinik tiba-tiba doktor cakap camtu, ini doktor ke tok dukun??.
Ada apa pada tangan kita??
untuk meminang?tilik nasib?tikam nombor?
Selain titik-titik refleksiologi seperti yang diketahui umum, tangan kita juga bole menjadi penanda risiko penyakit. kajian saintis di Britain mendapati ukuran panjang antara jari telunjuk dan jari manis berkait dengan kanser prostat.
Jurnal Kanser British mendapati mereka yang mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang dari jari manis secara signifikan kurang berisiko mendapat kanser prostat.
Penemuan itu hasil perbandingan penyelidik terhadap 1500 pesakit kanser prostat berbanding 3000 lelaki sihat.
Panjang jari ditentukan sebelum kelahiran dan diandaikan berkait rapat dengan tahap hormon sex semasa dalam kandungan.
Pendedahan kepada testosteron yang lebih rendah menyebabkan jari telunjuk lebih panjang dan mungkin menghalang dari kanser prostat selepas itu menurut penyelidik dari Universiti Warwick dan Institut Penyelidikan Kanser.
Professor Ros Eeles salah seorang penulis laporan kajian tersebut menyatakan bahawa lebih banyak kajian diperlukan, namun jika ia pasti ini merupakan ujian mudah menentukan risiko kanser prostat.
Dr Helen Rippon, ketua penyelidikan Kanser Prostat menambah lelaki yang mempunyai jari telunjuk lebih pendek tidak perlu merasa risau yang tidak munasabah.
*Kanser prostat adalah berada tangga ke-6 kes kanser dan 5.7 peratus pesakit lelaki menghidap kanser, adalah kes kanser prostat.
Pautan luar:
http://www.malaysiaoncology.org/article.php?aid=32
http://www.bbc.co.uk/news/health-11880415
Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. ada menyebut tentang 2 nikmat yang sering dicuaikan oleh manusia, iaitu KESIHATAN dan MASA LAPANG.
Bila kita jatuh sakit terutamanya yang membataskan pergerakan, masa itulah kita akan teringat saat-saat sihat...
Alkisahnya,lebih kurang sebulan yang lepas, secara xsengaja jari telunjuk saya terkena bola.Bola tu dah dibiarkan tapi terrrkena jugak jari.Memang da nak terkena agaknya.
Baru 20 minit main, ada lagi baki sejam 10 minit. Jadi jari tadi pon disuruh bersabar oleh pain control system walaupun awalnya berpinar2 mata masa kena.Habis main, jari telunjuk tu da sebesar jari hantu...haha.
Lepas beberapa lama, bengkak tu surut pastu dah xsurut. Lepas disuruh ke hospital saya pun dengan cepat dan laju pegi(lepas tangguh 2 hari...hehe)
Arah tujuan=ortho department Emergency Hospital,
orthopaedicts yang dicari pun memunculkan diri...isi borang, dan gi x-ray.
Alhamdulillah tiada fracture atau dislocation(mmg sakit kalau ade..)
Dari bilik x-ray, ke bilik rawatan(asik pindah2 tempat je) masa tu Doktor tu pon tgk x-ray dan memulakan 'rawatan'....
Doktor tu pon kepak jari sambil tengok x-ray~ (X_X)
Bila dah lunyai menahan sakit, Doktor tu bawak jumpa bos dia..
Doktor(D):how long this happen? how many weeks??
Me(M):a month...
D:no...this more than a month, because it's stiffed.
M:umm...ABOUT a month~ XD
D:U neglect it??
M:umm...yess.
D:ur central band injured...we can fixed it but it'll effect the lateral bands. Because it's stiffed.
M: o_0....so how to fix it??
D:is it important??! if it's important U can do surgery
M:yes!! *ade ke tanya camni??*
D:only surgery can fix it....it's not fully recover, but better than this *tunjuk jari aku yang bengkok*
U can go to the Ortho outpatient clinic
M:OK....TQ~
Pastu saya pun ke tempat yang Doktor tu suruh, Doktor ni nama majdi. Dia pegang2 jari tu dan mintak x-ray.
"U'll need physiotherapy..."
"OK"
Dia pun memerah otak sambil menghisap rokok...lol. datang sorang lagi doktor,
"is it any fracture? or dislocation?"
"NO"
"OK....U'll go for six session physiotherapy, n we'll meet again"
Pastu dia pun bagi surat untuk fisioterapi dan suruh bayar untuk 'khidmat perundingan' dia....ciss~
*Doktor yg awal kata kena operet...yg ni kata xyah. Lega sikit dengar
(bersambung....xabis pegi hospital~haha3)
Bila injured jari telunjuk ni, banyak fine works yang terganggu...
KENAPA??!
Kenapa jari hantu xboleh buat secekap jari telunjuk?
Akan diterangkan dalam post akan datang kalau sempat....hehe.
*sape yg dah tau, jgn gtaw kat org lagi!! haha3