Ayam betul...

Malam tadi masa tengah 'mengadap buku' atau istilah lainnya 'menadah kitab'(dalam bi nya face-book), terbaca status mesej dari kawan-kawan yang buat status tentang pemimpin tempatan yang mengeluarkan kenyataan

"Saya tak kata mereka(Muslim Brotherhood) pengganas.Saya cuma mahu mereka tidak terlibat dengan keganasan dan ekstrimisme"-buletin utama
Pelik betul manusia-manusia spesis ni, cakap tak ingat dunia, hentam ikut suka....
Dah la ade tuduhan bahawa MB melanggar syara' dengan menjadi mastermind dalam menggulingkan kerajaan.
Mula-mula dengar pendapat beliau, saya rasa dia xpernah tengok hidup rakyat Mesir yang melarat(sedih tengok ahli agama yang menjaja nama ulama' dan memutar belit ayat Al-qur'an).
Kebanyakan rakyat Mesir mengenali MB dengan kebajikannya dan penindasan terhadap mereka, tiba-tiba pemimpin Malaysia pulak bagi komen macam tu.....
malu...malu... kalau orang Mesir dengar.

Kalau di Mesir, secara umumnya ada 2 pihak yang tidak bersetuju dengan MB.
satu, golongan sekular tegar yang alergik dengan islamist dan yang kedua orang yang hanya peduli kerja dan perutnya sahaja.
Mereka merasakan Mesir aman damai dibawah pentadbiran hosni mobarak.

tentera memisahkan anti dan pro mobarak, 4 feb 2011.(credit to aizat sofian)


p/s: kesian rakyat malaysia selalu makan 'berita kurang berzat'....

Cerita evacuation

Alhamdulillah sampai ke bumi Malaysia pada 13feb kira-kira jam 1730 waktu malaysia. Transit di Jeddah memang potong selera nak baca buku dan update blog, balik Malaysia pulak jetlag dan C130 lag~

apa cerita evacuation...
Kami keluar dari Mansoura pada jam 0030 5feb hari sabtu menuju ke Alexandria.
Malam tu baru je balik membuat 'pemantauan' tunjuk perasaan kira-kira pukul 9 malam, tiba-tiba housemate saya kata "kita group pukul 11 malam"
beg masih kosong apa yang boleh dibawak 7kg??
so, brg yang dibeli dulu ialah coklat 13 bar dan megi 7, cincai-cincai penuh la beg tu tapi 9kg.

siangnya sebelum jumaat, saya dan beberapa orang jalan-jalan sekitar bangunan muhafazah ambil angin sebelum ke Alexandria. Bila jalan-jalan, saya tak paham macam mana ade orang kata di Mansoura makan telur hari-hari, hidup dalam ketakutan, kebulur....
banyak sangat tokok tambah, orang siap buat sesi fotografi ngn kete kebal(malam pulak tu...haha)

siap makan eskrem lg,kat tangan tu xabis lagi...


Perjalanan ke Alexandria terbaik jugak, biasanya 3jam tapi jadi 4jam sebab konvoi 6 buah bas.
Dengan 4 orang pelarian xde seat, macam2 skil nak duduk diguna. Sepanjang 4jam tido ayam.
Sampai Alexandria dah dekat subuh kami pon bawak beg, solat subuh pastu landing~
Keadaan kat asrama MARA memang super sardin, ruang nk tido pon xcukup....haha.
Tak macam Mansoura, di Alex perintah berkurung agak strict pukul 7 malam kedai tutup
memang menyesal sape xmakan siang tu. Firokh masywi(ayam golek) pon tinggal setengah je kalau nak beli, nak beli roti 'isy pon dah habis.

Hari kedua best sikit sebab jalan-jalan, hari sebelumnya membuta je, 'bus lagged'...haha
Tunjuk perasaan tinggal sikit-sikit, polis dah mula masuk kerja, banyak kedai dah mula bukak...
plannya nak ke istana King Farouk, tapi belum bukak. ambik gamba dari luar jelah jwbnya
(Otw ngn microbus tu siap terlentok kat ammu sebelah aku...aiyoo, xtido ma malam tadi~)

4 in 1(ade 4 bijik trak kena bakar dalam 1 foto)

Kalau ade pelarian lain nk share jgn segan komen yea....haha
(kat jeddah xde cerita sangat....main LAN counter-strike je siang malam )

Bom? Parang? Banduan?

Setelah 10 hari riot di seluruh Mesir berterusan, jumlah kematian mencecah 300 orang menurut laporan UN. Pertembungan Pro dan Anti-Hosni mencatat lebih dari 600 orang mengalami kecederaan.
Ibu bapa dan saudara mara di Malaysia berada dalam keadaan risau terutamanya apabila internet disekat. Media Malaysia melaporkan suasana getir yang dilalui rakyat Malaysia di sini sangat mendebarkan(aku pon rase nak balik bace berita!!)

Yang pertama, protes adalah secara aman tetapi menjadi ganas apabila wujud provokasi. Kemusnahan harta benda juga hanya berlaku di kawasan riot sahaja. Di mana kawasan-kawasan ini biasanya medan bandar-bandar. Ancaman keselamatan datangnya dari penyamun-penyamun yang mengambil kesempatan ketiadaan polis, tetapi terkawal dengan perintah berkurung. Perintah berkurung hanya melibatkan kwasan yang kritikal. Kawasan sekitar terutamanya kawasan penempatan, biasanya ada sentri dari kalangan penduduk tempatan.
Sentri Hassan Said St. berjaya menangkap seorang pemuda membawa molotov cocktail dan lighter.

Apabila berita banduan terlepas tersebar dan ketiadaan polis berkawal, penduduk tempatan keluar beramai-ramai untuk berkawal membawa parang, golok, pisau, kayu hoki dsb. Bukan untuk mencederakan orang awam. Dan mereka lebih arif membezakan penduduk tempatan dan orang luar.
Tidur dengan pisau , kebuluran terperangkap di rumah boleh dikatakan agak exaggerate. Menjadi tanggungjawab masing-masing mengambil langkah berjaga-jaga seperti double lock, pastikan jendela dan penutupnya ditutup rapat cuma tidur dengan pisau tidak perlu.
Kesan tak langsung adalah seperti kenaikan harga barangan asas, tetapi tidak menyebabkan tak makan 2,3 hari(kalau xmasak memang sakit ar...haha).
Mahasiswa juga telah dinasihatkan membeli bekalan untuk beberapa hari.

Adanya internet membolehkan ibu bapa atau waris mendapatkan penjelasan tentang situasi sebenar di kawasan kediaman anak-anak. Ada mahasiswa yang mengambil mudah dengan tidak menghubungi keluarga masing-masing(kerana tiada ancaman) tetapi rakyat Malaysia di tanah air tidak mendapat gambaran sebenar menyebabkan wujud kerisauan tidak munasabah.Waktu malam, jalan-jalan diletak hadangan dan sentri.
Apabila siang, semua aktiviti berjalan seperti biasa cuma tiada kawalan polis seperti biasa.

Respon krisis.
Memang diakui agak kecewa kerana tiada penerangan khusus tentang plan awal respon sejak awal tunjuk perasaan dilancarkan(3-5 hari pertama).
Apa yang ada cuma hearsay dan pelbagai versi, ini menyebabkan panik. Semakin lama tunjuk perasaan berlaku, semakin banyak halangan, internet dan sms disekat menjadikan perhubungan sangat sukar baik di Mesir mahupun ke Malaysia, pergerakan antara wilayah dihadkan, pelajar tersangkut di lapangan terbang 2,3 hari.

Memandangkan ini adalah cubaan menjatuhkan presiden, sepatutnya ia diambil perhatian khusus. Bukan 'kemungkinan-kemungkinan' akan reda dalam masa terdekat jangan ditekankan sangat. Rakyat Mesir sudah pasti mempunyai 'perkiraan' sendiri menghadapi Hosni Mobarak.
ala kulli hal, Alhamdulillah usaha evakuasi telah dimulakan, semoga Allah mudahkan.

Cuma yang merisaukan sekarang tarikh buka kuliah dan tarikh exam...(dilema~)
Pastikan anda mendapat berita yang sahih dan jangan sebar spekulasi.
Untuk maklumat lanjut layari web MSD

الشعب يريد اسقاط النظام

25 & 26 Januari

Bertitik tolak dari kebangkitan rakyat Tunisia, peluang ini digunakan sepenuhnya oleh pejuang reformasi Mesir untuk menggulingkan rejim haprak Hosni Mobarak. Kes kematian Khaleed Said menjadi booster kemarahan rakyat. Dengan tema ‘yaumul Ghadhab’(hari kemarahan) 25 januari menjadi kickstart protest diseluruh Mesir.

Di medan Tahrir,Kaherah kira-kira 10 ribu orang berkumpul bagi menunjukkan kemarahan rakyat, laporan berita almasry alyoum online melaporkan mencecah 30 ribu orang seluruh Mesir. Protes utama di Tahrir dan Iskandariah, manakala di perhimpunan dikawasan bangunan Muhafazah, Mansoura kira-kira seribu orang. Menjelang malam, perkhimatan sosial Twitter disekat dan ura-ura facebook turut akan disekat, manakala perhimpunan besar menjadi ganas apabila pihak keselamatan mula menyuraikan protester dengan kekerasan dan canister digunakan. Laporan televisyen, 2 orang protester maut dan seorang anggota keselamatan.

Keesokan pagi 26 Januari(Rabu), situasi seluruh protes kembali tenang, mahsiswa Mansoura tahun 1,2,3 menduduki periksa tengah penggal seperti biasa. Trak-trak polis berkumpul di jalan-jalan utama. Kemudian protes mula menjelang malam. Namun di Mansoura hanya perhimpunan aman.

Matawang pound Mesir mula jatuh RM1=1.91EGP(kadar biasa 1=1.7).

Dalam tempoh 30 tahun, ini adalah tsunami suara rakyat yang pertama. Pada awalnya riot tidak berpanjangan kerana polis Mesir terkenal dengan kesamsengan mereka dalam berurusan dengan 'mereka-mereka' yang membantah kerajaan.

27 & 28 Januari

27 Januari (Khamis), ada mahsiswa yang menduduki kertas osce. Polis dalam keadaan berjaga-jaga dan tiada riot di kawasan Mansoura, Situasi tenang sepanjang saya menaiki teksi sehingga kawasan Utubis Dauli. Melihat situasi tenang, saya pun bertanya kepada drebar teksi tentang situasi Mansoura, ‘insyallah esok akan riot besar-besaran’ jawabnya.

28 Januari(Jumaat), Kerajaan mula mengehadkan perhubungan, sekitar jam 0030 SMS dan internet awam dipotong bagi menyekat maklumat transfer khususnya muzahirin kerana mereka merancang perhimpunan besar-besaran bermula selepas Jumaat. Seperti yang dirancang oleh muzahirin, lepas solat jumaat mereka mula berarak lorong ke lorong manakala polis telah menjangka dan bersiap sedia. Beberapa orang SB mengekori arakan dari belakang. Kebanyakan penduduk kawasan Tir’ah cuma memandang sepi dari atas beranda masing-masing. Bila dilaung ‘inzil…inzil…’(turun,turun) ada yang masuk kembali. Dari Hayyu Gamaah hingga ke Gala’ tak sampai 100 orang pun yang menyertai, hanya budak-budak yang belum boleh menilai politik dan masa depan Mesir yang ramai. Kedai-kedai syai(teh) masih dipenuhi kaki-kaki lepak yang mengharapkan perubahan kerajaan Mesir dari kerajaan langit. Mandangkan muzahirin tak ramai agak merbahaya, jadi saya pun balik(waktu asar)

Waktu malam, kawasan sekitar Muhafazah mula penuh. Akhirnya polis masuk campur mengakibatkan tunjuk perasaan menjadi ganas. Tak dapat dipastikan sama ada provokasi dimulakan oleh SB, atau samseng yang turut serta, atau reformis sendiri. Menurut sumber, wazir ta’lim Mansoura, para professor, doktor-doktor Universiti Mansoura turut turun padang menuntut perubahan pentadbiran penghisap darah. Trak polis dan sebuah microbus antara yang dibakar, ATM HSBC dirosakkan dan disamping beberapa harta benda awam.

Pergerakan antara muhafazah(wilayah) dikawal, jam 0700 sehingga jam 1600 sahaja dibenarkan. Penerbangan waktu malam juga ditunda, lapangan terbang dikatakan penuh dengan penumpang yang menunggu awal dan penerbangan yang ditangguh.

Di Suez, tak dapat dipastikan berita 5 orang terbunuh dan HQ polis suez dibakar pada malam sebelumnya. Wilayah lain dikatakan dalam keadaan bahaya memandangkan penjara terbakar dan banduan terlepas.

Matawang Mesir terus turun RM1=2.1EGP.

29 Januari(sabtu)

Lapangan terbang telah dikuasai tentera(tak dipastikan mula operasi bila) namun penerbangan seperti biasa kecuali beberapa destinasi yang dibatalkan. Mahasiswa yang telah mebeli tiket risau status masing-masing, manakala yang lain siap sedia untuk evakuasi. Pergerakan dalam keadaan berjaga-jaga.

Kebanyakan kedai mula tutup bermula selepas maghrib kira-kira jam 1800. Menurut pekedai, akan berlaku pertempuran. Saya terfikir untuk mengeluarkan wang kecemasan, dan bergegas ke bank bersama housemate. Beberapa ATM di kawasan university out of service, memaksa kami ke Bank ABC di kawasan Nil. Jalan menghampiri bank telah diletakkan penghadang oleh beberapa orang lelaki yang tak diketahui sama ada polis atau muzahirin. Sekitar Jam 1900 beberapa orang berlari kea rah muhafazah dengan mask penutup hidung. Kemungkinan berlaku perhimpunan besar di kawasan bangunan Muhafazah.

Presiden Hosni Mobarak mengumumkan rombakan timbalan presiden dan perdana menteri, beliau menyerap pegawai dari air force Mesir. Ini dijangka bagi megukuhkan kesetiaan tentera kepada beliau. Dalam masa yang sama 22 ribu anggota tentera dikerah untuk mengawal keselamatannya ditambah ribuan anggota polis Mesir. Di Kaherah telahpun menguatkuasakan perintah berkurung Jam 0800 sehingga Jam 1600 dan dibawah pengawasan tentera.

Polis yang biasanya ditempatkan sepanjang jalan-jalan utama tak kelihatan, manakala penduduk mula turun ke jalan dengan objek-objek yang boleh dijadikan senjata untuk mengawal keselamatan, Ada penduduk yang menggunakan anjing pengawal. Saya dan beberapa rakan berjalan untuk melihat situasi mendapati tiada anggota polis dilihat berkawal. Skitar Jam 2200 kawasan tmpuan lengang seperti Jam 0100. Kemungkinan riot telah tamat, niat ke Muhafazah dibatalkan.

Kawasan Mansoura dalam keadaan Law Vacuum setiap orang atas tanggungjawab masing-masing. Tiba di awal Hassan Said st. kira-kira Jam 0030, dan bertebung dengan Nasa dan Haniff Mahmud. Dikatakan Banduan dari penjara Talkha telah bebas, sedang kami berbual tiba-tiba seorang lelaki ditangkap membawa Molotov cocktail belum dinyalakan, penduduk merampasnya dan melempar ke seberang jalan, lighter juga dirampas. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila beberapa pemuda dari lorong lain datang terus memukul dengan beroti dan pedang tanpa pencerahan situasi. Keadaan agak bahaya memandangkan budak-budak turut membawa pisau. Seorang lelaki kemudiannya menasihatkan kami untuk pulang ke rumah memandangkan status sebagai ‘orang luar’, situasi seperti ini memerlukan pengecaman oleh penduduk. Jalan utama disekat dan penduduk membuat sentri sehingga pagi.

30 & 31 Januari(Ahad & Isnin)

Sebahagian mahasiswa yang telah membeli tiket winter break bertolak ke lapangan terbang beramai-ramai. Mereka terpaksa bertolak awal walaupun penerbangan pagi 31 Januari berikutan perintah berkurung di Kaherah. Pagi tersebut, situasi kembali seperti sediakala kedai dan jalan-jalan dibuka semula. Namun tiada yang membawa senjata tajam hanya objek tumpul seperti beroti, kayu besbol, dan rantai.

Australia dan Iran mengeluarkan arahan kepada rakyatnya agar pulang, wisma putra dan KBMK masih ‘follow up’.

PERUBATAN Cawangan Mansoura(PCM) mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan pekeliling keselamatan kepada seluruh pelajar sains kesihatan Mansoura. Seperti disarankan persatuan, para pelajar mula membeli stok makanan memandangkan dikhuatiri harga barang melambung dan kesukaran mendapatkan bekalan seandainya krisis berlarutan.

31 Januari(Isnin) Wakil pejabat HEP Selangor memberitahu perintah berkurung telah dikuatkuasakan seluruh Mesir menurut laporan berita dan meminta pelajar mematuhi pekeliling PCM.

kira-kira jam 1900 rumour mengatakan muzahirin akan bertempur dengan penyokong Hosni Mobarak pada hari jumaat sekiranya perhimpunan berterusan. Rumours evakuasi pula semakin banyak tersebar dengan bermacam-macam versi. Kerajaan Indonesia dan China telah menggerakkan operasi evakuasi.

1 &2 Februari(Selasa & Rabu)

Bilangan rakyat yang menyertai bantahan menjangkau 2 juta di meda Tahrir, 500 ribu di Mansoura, 250 ribu di Sinai. Bantahan seluruh dunia mencecah 8 juta. Ucapan Hosni Mobarak memberi isyarat beliau enggan berundur dari tahta dan berjanji tidak akan bertanding pemilihan presiden pada September ini.

Bagaimanapun protester enggan bertoleransi kerana keselamatan mereka akan terancam sekiranya keadaan kembali tenang.Muslim Brotherhood(MB) dan pembangkang lain sepakat tiada dialog sehingga Hosni turun dari pemerintahan. Hosni pula menuduh perhimpunan ini agenda rahsia pembangkang Hibul watani(NDP).Tentera pula mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menggunakan kekerasan bagi menyurai penunjuk perasaan.

Pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pro-Hosni lebih awal dari yang dijangka. 5 kematian dilaporkan. Manakala kematian yang dilaporkan UN seramai 300 orang. Dan kemungkinan besar meningkat dengan perkembangan terbaru.





Followers

Azan

online Trafik