retrospection

Alhamdulillah masih dapat merasa tahun 2011, walaupun tiada pertunjukan bunga api, perarakan dan yang seumpamanya... anjakan masa menunjukkan umur yang semakin berkurang.Bermula penghujung tahun 2004 sehingga 24 Dis 2010 bererti enam tahun 'kami' sekeluarga menetap di Kelantan. Dan Alhamdulillah semua selamat pulang ke kampung.

Perubahan persekitaran akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri, tetapi dari situlah kita akan belajar sesuatu yang baru. Teringat hari pertama mendaftar masuk ke sekolah baru...
Walaupun sekolah menengah, tapi rasa macam sekolah rendah jugak!!
Sepanjang sesi persekolahan, berlaku dialog antara 'ayam dan itik'... masalah komunikasi~
Terasa ada batu atas kepala pulak bila balik dari sekolah... apa yang cikgu sebut kena translate dulu kecuali add math dan bio...haha.

Situasi lebih kurang jugak bila sampai Mesir, cakap sepatah...habuk pon tak paham apa yang ammu tu reply....
Cuma nganga dan angguk-angguk.*sigh~
Terasa macam xbelajar apa-apa kat sekolah dulu. Tapi 'life is a learning process' orang kata. Macam lagu chelsea...we are here to stand
(merudum pulak perfomance chelsea...adoii)

Azam lama??!
Azam lama telah menjadi azam baru(belum tercapai...haha)
Yang penting azam hari ni, 'menjadi lebih baik dari semalam'.
*berusaha keras...Zzzz

Apa pun, selamat bersekolah kepada kembar nabeehah & najeebah, dan mantan ketua kelas yang jadi ketua buat BISING...Umar!! =D
siiru 3ala barakatillah ;D

Facebook

Asalnya saya sign up facebook ni sebab nak main game farmville,
tapi sekarang ni dah xmain farmville jadi, yang tinggal hanyalah fb semata-mata.
Tu adalah sejarah penubuhan akaun fb saya....hehee :)

Tapi menariknya fb ni, fb dah jadi medium perkongsian friends list, link, video, ada sesetengah yang buat fb ni macam orang hidup semua isi hati nak diluah dalam tu.
Cumanya dalam berkongsi, kadang-kadang ramai yang cuai.
Cuai tentang kesahihan atau genuinity link, video dsb yang dikongsi. Jika ia satu penipuan maka penipuan tersebut akan tersebar. Jika benar, Alhamdulillah selamat.
Kesimpulannya, jangan terlibat dgn apa yang kita xtahu atau xpasti.

Kongsi satu hal, carik pasal satu hal lain........
paling kurang satu komuniti, satu negeri, satu negara(ni masih kurang lagi), up lagi tersebar satu dunia tentang tindakan provokasi yang kita buat di fb nih!!
Quotients yang berunsur provokasi, video dsb.
Sebagai contoh video budak-budak Melayu yang main-mainkan zikir, ni apa tandanya??!
Kalau ikut melayu maksud zikir yang dipermainkan itu:

"cukuplah Allah yang maha tinggi, tiada dalam hatiku melainkan Allah"
"Aku memohon ampun sesungguhnya Allah itu maha pengampun"

Main-main tentang zikir memang cari pasal...
cari pasal dengan orang Islam, cari pasal dengan Allah.....mudah-mudahan Allah xhukum disebabkan kejahilan kita.

laungan keramat xabis... XD

Alhamdulillah 17 Ogos lepas berkesempatan pergi ke majlis berbuka bersama Rombongan Malaysia ke Gaza. Tengahari yang sangat panas, ingat dah malas nak ikut ke Arma......
Tapi sebab dah bagi nama, dengan mata kuyu tu pergi la jugak.

Akhirnya sampai la ke Arma lepas lebih kurang 3jam perjalan. Turun-turun je, eh.... rombongan dari Gaza pon elok-elok je sampai sekali.
Bila dah bersua baru tahu rombongan Putera 1 Malaysia, Kak Gee pon ade(Fauziah Latiff) ;).
Segan dengan mereka yang dah sampai ke Gaza untuk berkhidmat. Lepas solat Asar kami pon pergi kat tempat yang disusun kat ruang lapang Arma tu. Ada pakcik ni panggil "mari sini dik duk skali....."
Kat meja tu ada 3 orang ahli konvoi, Dia kenalkan dirinya Abg Din(doktor), seorang lagi abg Mus(pangkat abang bagi dia, kalau kami pakcik laa..doktor), dan kak Nimah(panggil acik je, Sister).

Diorang bukan main exited cerita pengalaman ke Gaza, suka melihat kegembiraan rakyat palestin bila ada masyarakat yang masih prihatin kepada mereka. Walaupun bantuan absolut yang diperlukan ialah menghalau tentera Zionis, mereka faham situasi masyarakat luar.
tetapi apa yang mereka lihat bagi saya belum 'Gaza sebenar', memang betul mereka telah melihat tinggalan perang.
Tapi apa yang mereka lihat lebih kurang rakyat Mesir tanpa orang-orang kaya.

Tapi saya agak terkilan apabila salah seorang mengeluarkan komen,
"kat sana boring lah asyik ayam, kambing, ayam, kambing....nak jugak ikan ke, nak makan mihun goreng ke."
Saya jadi lost sekejap......sukarelawan sepatutnya mentally prepared!!!
Qanaah(merasa cukup) mesti ada khususnya dalam zon perang, kami yang xzon perang ni pon xde mihun. Seorang lagi doktor senyap je, beliau adalah lepasan pakistan jadi mungkin dah biasa dengan susah yang lebih kurang Mesir. Resilence tu ada....hehe.
Tapi perbualan terbatas sebab agak berangin, xdengar sangat.

Ucapan wakil konvoi ade cucuk-cucuk sikit....biasela ;)
Komen terbaik dari achik Sister, "politik ni u all dengar je, jangan komen....kita xpaham pape" ahaha.

That's all c u again.......ramadhan kareem.
tingkatkan amalan, kurangkan maksiat.

Label: ,

Infoklaneka......

contoh telefon IP

VOIP adalah dari perkataan Voice Over Internet Protocol. Bahasa mudahnya, perkhidmatan telefon menggunakan internet.
Perkhidmatan ini membolehkan data suara kita dipindahkan melalui internet dalam bentuk digital dan dipindahkan dalam bentuk mekanikal semula. Voip boleh digunakan daripada komputer atau terus dari telefon IP.
Pembekal perkhidmatan yang familiar seperti skype, yahoo messenger dan sebagainya

Apa kelebihan VOIP:
1-Kos yang murah.
Berbanding perkhidmatan syarikat telekomunikasi setempat, lazimnya VOIP secara umumnya lebih murah kerana kos bergantung kepada lokasi negara penerima panggilan tersebut, bukan dari mana lokasi pemanggil.
Biasanya Pengguna menganggap panggilan menggunakan voip adalah percuma, tapi sebenarnya anda membayar.....iaitu caj internet~
Caj tambahan lazimnya bagi panggilan kepada talian tetap atau talian mudah alih tapi masih pada kadar yang murah.
Jadi bila keluarga anda atau kawan-kawan anda tanya
"tak mahal ke nset??"
Jawablah,
"saya sayang mak ngn abah , kalau seminit 10 ringgit pon xpe"
(ngn membe2 xde hal lah~haha)
Kerana kos yang rendah, telefon voip biasanya digunakan oleh jabatan kerajaan atau syarikat-syarikat yang kerap membuat panggilan antarabangsa.

2-Peningkatan fungsi
Sekiranya anda menggunakan telefon voip, sebarang panggilan terus dihubungkan kepada telefon anda yang disambung kepada internet.
Walaupun anda pergi ke mana-mana, dengan talian internet yang baik anda boleh membuat panggilan dengan mudah.

Kalau sebelum ini mungkin anda pernah mendengar e-voiz dan smartvoip, e-voiz juga merupakan perkhidmatan voip.
Bezanya sistem tambah nila kedua-dua perkhidmatan ini. Seperti smartvoip, lowrate dan beberapa plan lain, kredit akan dimasukkan menggunakan id, manakala evoiz menggunakan siri nombor pada kad tambah nilai.

Jadi kepada mereka yang belum pernah mencuba boleh klik link untuk tutorial.
Anda sudah menggunakan dan selalu topup?!
Salurkan sebarang cadangan bentuk promosi voip yang anda mahu kepada
pantheraleo313@gmail.com dengan segera.....
Kerana mungkin cadangan anda terpilih!!

**Family first.....dah kol famili ke??
Sayangi keluarga setiap hari~



Label:

Demang Exang



Selamat Maju Jaya kepada kawan di Malaysia dan Mesir khususnya Mansurah.
Sempena imtihan ni telefonlah ibu bapa anda LAMA-LAMA sikit...haha(ade maksud tersirat nih~)
Kita kena saling memberi semangat untuk stadi!!
Sebab saya pon malas jugak...hehe. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jadi mentor(ronaldo, koi, yan, dan semualah.)

Dan kepada my bud yang baru dapat MD tahniah dan selamat bertugas ye. Sedikit sebanyak dapat memberi semangat orang kata. Kalau itu baru permulaan,yang tengah terkapai-kapai ni apa la agaknya istilah yang sesuai....isy...isy.....
Nak bagi hadiah tak tahu nak bagi apa, so jersi besiktas ok kut. yang penting kena belanja student ni~

Bismillahi tawakkal 3alAllah
*mungkin sebab demam exam chelsea kalah..duh~

Label:

You reap what you sow

Post ni disebabkan suatu kisah.... agak berzaman jugak. Dipendekkan cerita, seorang membe saya telah bertindak 'menghisbahkan' membe sekolah kami yang sedang stadi di Malaysia melalui ym, membe sorang ni punya la lame nk fikir(orang yang paling kamceng ar kan kne utamakan...hehe), cakap takut membe terguris, tak cakap kata sayang Rasul s.a.w . so, membe saya ni pon rela la 'berkorban'(nanti membe makan hati), yela 'kulil haq walau kaana murran'(katakanlah yg benar walaupun pahit). Tapi akhirnya membe yang tegur ni cakap, "aku rase macam tersilap tegur je" bila tengok reaksi membe kat sana "ko cakap ape?", dia pun btaw.....ayat biasa je. Tapi susah makan ubat....sebab pahit. Artikel ini cuma di 'copy n paste' tapi mudah-mudahan boleh dimanfaatkan bersama.


TEGURAN MERUPAKAN HADIAH!


Teguran merupakan hadiah kepada kita? Satu persoalan yang mungkin perlu difikirkan didalam diri kita kerana berapa ramai sebenarnya diantara kita bersedia menerima teguran dari orang lain. Seorang suami atau isteri juga kadang kala begitu sukar menerima teguran dari pasangan mereka masing-masing, seorang Ketua tidak mudah ditegur oleh pekerja, begitu juga kita sukar menerima teguran dari rakan-rakan pada sesuatu ketika kerana kita selalu merasakan diri kita sempurna sesempurnanya. Walaupun kita sedar kita telah melakukan kesilapan kita masih lagi tidak bersedia untuk di tegur atau kalau ditegur kita berharap agar mereka yang menegur kita itu mengunakan pendekatan yang boleh menjaga hati kita dan tidak menguris perasaan kita.


Kita juga sering menegur orang lain kerana kita merasakan kesilapan yang dilakukan oleh seseorang itu amat perlu ditegur agar ianya tidak berulang lagi dilain kali, mungkin tujuan kita menegur itu ikhlas untuk kebaikan mereka dan mungkin kita menegur mereka kerana inilah peluang untuk mengenakan atau menghina mereka, atau kita menegur secara spontan sebab kita hanya mahu perkara tersebut tidak berlaku dengan perasaan marah yang tidak dapat terkawal. Bagaimanakah respon orang yang ditegur? Mereka merasakan mendapat hadiah dari kita? Atau mereka merasakan suatu pukulan atau hinaan yang tidak dapat diterima oleh diri mereka? Mari kita fikirkan adakah kita bersedia untuk menerima teguran sekiranya disampaikan dengan sikap kasar dan tidak bersopan santun. Sekiranya kita sendiri tidak menyukainya, maka orang lain juga sama seperti diri kita, kita perlu belajar bagaimana untuk menegur dengan cara yang terbaik dan apabila kita menegur perlu disertakan dengan perasaan ikhlas dan kasih sayang. Ini akan memberikan perasaan keterbukaan didalam hati orang yang menerima teguran tersebut dan menjadikan ikatan kasih sayang kerana teguran itu menuju kepada hati bukan pemikiran.



Mengapa kita perlu merasakan kita mendapat hadiah bila ditegur oleh seseorang? Adakah kita sedar bila kita ditegur, seseorang itu mungkin mengambil begitu banyak perkiraan untuk mengeluarkannya dari mulut mereka, apa lagi bila teguran itu dilahirkan dengan sikap yang baik dan bersopan santun. Mungkin juga teguran dikeluarkan dengan sikap yang kurang ajar pada pemikiran kita dan ingin melepaskan geram mereka kepada diri kita. Tetapi adakah kita sedar bahawa dengan teguran itu kita akan menginggatinya sampai bila-bila dan kita akan lebih berhati-hati agar perkara itu tidak akan berulang lagi. Mungkin mereka telah lupa selepas menegur diri kita tetapi ianya menjadi pengajaran kepada diri kita sampai bila-bila dan mungkin akan menyelamatkan diri kita suatu hari nanti kerana kita sentiasa mengingati teguran tersebut sehinggakan menjadikan panduan kehidupan yang amat berharga sekali. Mungkin juga kita menerima teguran dari orang yang mengasihi diri kita seperti ibu dan ayah, kadang kala teguran yang diberikan begitu spontan dan tidak menjaga langsung perasaan diri anaknya, tetapi adakah kita sedar mereka menegur itu adalah diatas perasaan kasih sayang yang tidak terhingga sebagai seorang ibu dan ayah tetapi mereka memang ditakdirkan tidak begitu pandai didalam menegur dan berkomunikasi. Hati mereka putih bersih, sebersih salji namun kita tidak menyedarinya. Hanya kita yang sentiasa tidak bersyukur.



Mungkin kita tidak menyedari kita dikasihi, dicintai namun dari masa kesemasa, seseorang yang menyayangi dan mencintai tidak akan berputus asa untuk membentuk diri kita agar sentiasa menjadi yang terbaik. Cinta Rasulullah saw kepada umatnya begitu besar sekali sehinggakan segala-galanya demi umat yang ditinggalkan, namun umatnya sering lupa kepada Rasul saw yang sentiasa mencintai mereka. Mungkin ini dikatakan cinta yang tidak berbalas kerana kita tidak sanggup melakukan perubahan demi yang dicintai. Maka adakah patut kita berharap menjadi kelompoknya sekiranya kita sendiri tidak tahu membalas cintanya. Marilah kita sama-sama berubah agar menjadi manusia yang dikasih Allah dan rasulnya, berkasih dan bercinta untuk mendapat keredaan dari Allah swt. Amin


Kalau kita boleh bergurau senda diselangi maki-hamun dan caci-maki, kenapa teguran yang bersih dari kata-kata kesat sukar diterima."ULAR MENYUSURI AKAR TAK HILANG BISANYA" cuba fikirkan......


"CINTAI RASULULLAH, PEMANGKIN BIAH SOLEHAH"

*Dunia ladang akhirat, Terima kasih JAKSI

Label: ,

berkesam......

Salam,
kepada kawan yang disayangi sekalian apakah itu berkesam??
itu adalah nama rekaan bagi Badan Kebajikan Anak-anak Selangor Mesir(BKASM).
Ada yang sebut "BKASeM"....haha.

Saya terpaksa postkan entri ni walaupun saya tak berapa bercadang masukkan entri persatuan dalam ni. Tapi disebabkan melibatkan pelajar tahun 2 mungkin boleh. Saya berharap mereka yang terlibat dapat maklumat.

AFIQ BIN ALIAS 900209-14-5993
HALAWATUL IMAN BT MOHD LAZIM 890920-01-5158
AHMAD FADZIL BIN ABDUL HAMID 900921-10-5055
NADIAH BT AHMAD ZAINUDDIN 890710-14-6432
NUR SAKINAH SYAHIRAH BT NORDIN 901217-14-5410
ZULAIKHA BT MOHAMMAD AMIN 890602-14-6144
NURUL AUNI BT MD SALLEH 900218-10-5424
MOHD ASYRAF BIN AHMAD FAUDZI 871006-56-5111
NABILAH BT KHALIM 891013-02-5154
NUHA NAJIYAH BT MOHD AMIN 901016145908
AHMAD AMIUDDIN B AB RAHMAN 891010-13-6051
MUHAMMAD AIMAN BIN HISAMUDDIN 890729-14-6141
MOHAMAD ZUHRI BIN MOHAMAD 900921-10-6015
NOR DIYANA BT ABD AZIZ 870119035032
MUHAMMAD AZRUL AZIZI BIN AMIR HAMDAN 890304-14-5805
MOHD HESYAM BIN MOHD HANAFFI 850911-01-5835

Sesi pertama -Jumaat : 9am - 4pm (t/hari break utk solat Jumaat)
Sesi kedua -Ahad : 9.30- 3pm (t/hari break)

Pejabat HEP Selangor, Mesir

Selangor Student's Hostel , Malaysian Student's Complex ,

Thooba El Ramly Hayyu Asyir, Nasr City, Cairo

Arab Republic of Egypt

Tel :+202 4092392 /+2016 6783329


Sedikit pesanan, Ust Halim(peg. HEP) minta direkod tahap penglibatan persatuan mahasiswa/wi Mansurah. Sama ada PCM atau BKASM di sini, Tapi Mandub belum mampu berbuat demikian.....(aiyaa~ aBa ni!!). Jadi kena daftar BKASM cepat(ada lagi ke belum daftar PCM??!...haha)
Jangan lupa add ym: med_bkasm@yahoo.com

*[nampaknya rekod triada entri selama 3bulan dah takde.....=D ]

Followers

Azan

online Trafik