Asalnya saya sign up facebook ni sebab nak main game farmville,
tapi sekarang ni dah xmain farmville jadi, yang tinggal hanyalah fb semata-mata.
Tu adalah sejarah penubuhan akaun fb saya....hehee :)
Tapi menariknya fb ni, fb dah jadi medium perkongsian friends list, link, video, ada sesetengah yang buat fb ni macam orang hidup semua isi hati nak diluah dalam tu.
Cumanya dalam berkongsi, kadang-kadang ramai yang cuai.
Cuai tentang kesahihan atau genuinity link, video dsb yang dikongsi. Jika ia satu penipuan maka penipuan tersebut akan tersebar. Jika benar, Alhamdulillah selamat.
Kesimpulannya, jangan terlibat dgn apa yang kita xtahu atau xpasti.
Kongsi satu hal, carik pasal satu hal lain........
paling kurang satu komuniti, satu negeri, satu negara(ni masih kurang lagi), up lagi tersebar satu dunia tentang tindakan provokasi yang kita buat di fb nih!!
Quotients yang berunsur provokasi, video dsb.
Sebagai contoh video budak-budak Melayu yang main-mainkan zikir, ni apa tandanya??!
Kalau ikut melayu maksud zikir yang dipermainkan itu:
"cukuplah Allah yang maha tinggi, tiada dalam hatiku melainkan Allah"
"Aku memohon ampun sesungguhnya Allah itu maha pengampun"
Main-main tentang zikir memang cari pasal...
cari pasal dengan orang Islam, cari pasal dengan Allah.....mudah-mudahan Allah xhukum disebabkan kejahilan kita.
Alhamdulillah 17 Ogos lepas berkesempatan pergi ke majlis berbuka bersama Rombongan Malaysia ke Gaza. Tengahari yang sangat panas, ingat dah malas nak ikut ke Arma......
Tapi sebab dah bagi nama, dengan mata kuyu tu pergi la jugak.
Akhirnya sampai la ke Arma lepas lebih kurang 3jam perjalan. Turun-turun je, eh.... rombongan dari Gaza pon elok-elok je sampai sekali.
Bila dah bersua baru tahu rombongan Putera 1 Malaysia, Kak Gee pon ade(Fauziah Latiff) ;).
Segan dengan mereka yang dah sampai ke Gaza untuk berkhidmat. Lepas solat Asar kami pon pergi kat tempat yang disusun kat ruang lapang Arma tu. Ada pakcik ni panggil "mari sini dik duk skali....."
Kat meja tu ada 3 orang ahli konvoi, Dia kenalkan dirinya Abg Din(doktor), seorang lagi abg Mus(pangkat abang bagi dia, kalau kami pakcik laa..doktor), dan kak Nimah(panggil acik je, Sister).
Diorang bukan main exited cerita pengalaman ke Gaza, suka melihat kegembiraan rakyat palestin bila ada masyarakat yang masih prihatin kepada mereka. Walaupun bantuan absolut yang diperlukan ialah menghalau tentera Zionis, mereka faham situasi masyarakat luar.
tetapi apa yang mereka lihat bagi saya belum 'Gaza sebenar', memang betul mereka telah melihat tinggalan perang.
Tapi apa yang mereka lihat lebih kurang rakyat Mesir tanpa orang-orang kaya.
Tapi saya agak terkilan apabila salah seorang mengeluarkan komen,
"kat sana boring lah asyik ayam, kambing, ayam, kambing....nak jugak ikan ke, nak makan mihun goreng ke."
Saya jadi lost sekejap......sukarelawan sepatutnya mentally prepared!!!
Qanaah(merasa cukup) mesti ada khususnya dalam zon perang, kami yang xzon perang ni pon xde mihun. Seorang lagi doktor senyap je, beliau adalah lepasan pakistan jadi mungkin dah biasa dengan susah yang lebih kurang Mesir. Resilence tu ada....hehe.
Tapi perbualan terbatas sebab agak berangin, xdengar sangat.
Ucapan wakil konvoi ade cucuk-cucuk sikit....biasela ;)
Komen terbaik dari achik Sister, "politik ni u all dengar je, jangan komen....kita xpaham pape" ahaha.
That's all c u again.......ramadhan kareem.
tingkatkan amalan, kurangkan maksiat.