Pernah dengar perkataan Al-wahnu??

MALAYSIA BOLEH!!!

Malaysia negara yg kerdil??
Gaza itu lebih kecil dari bandar Ipoh, Tapi orang yg mediaminya punyai hati2 gergasi.
Mengapa??
kerana mereka membenarkan apa yg diucap Kekasih kita s.a.w.
ketika mana baginda melalui satu kawasan dan melihat bangkai syah(kambing) ditepi jalan, maka baginda mengatakan bahawa dunia ini lebih hina dari bangkai tersebut(bukan hina seperti bangkai malah lebih dari itu).
Memang betul kita tidak boleh sekali2 bertindak terburu2 dibimbangi terjadi seperti di Syiria suatu ketika dahulu(waktu presiden al-asad). Tapi yg kita lakukan sekarang ialah amar ma'ruf dalam masa yg sama menyuburkan kemungkaran bukan nahi mungkar. Apakah lambakan hiburan yg keterlaluan itu dinamakan tarbiyah(pendidikan) untuk melahirkan generasi yg mampu mnyuarakan hak Islam??
Adakah jil Al-Qur'anul fariq yg dilahirkan Nabi s.a.w melalui AF, Raja Lawak, konsert2 mega, lesen2 kabaret & rumah judi??
Soalan ini tidak memerlukan jawapan dari sesiapa...


Saya teringat tentang filem Blackhawk Down dimana mengisahkan tentera elit US yg berjaya meloloskan diri di Somalia, peranan ATM dan pakistan diperkecil(sedangkan renjer mereka disapu habis dan ATM 3terkoban).Ini menunjukkan kekuatan itu bukan fizikal, tapi kita takut itu dan ini.........
Pertama kerana walaupun adanya OIC, ukhuwwah Islamiah itu wujud atau tidak??
Jika ukhuwwahnya organisasi semata-mata maka ibarat menunggu bulan jatuh ke ribalah jawabnya.
Kedua, apakah maksud belum bersedia itu??
Dimana yang belum bersedia itu...
Mengapa berlaku sedemikian??
Kita takut penangan dari Amerika??, takut hilang rumah, nyawa, sanak-saudara...
Memang lumrah orang yg menyatakan syahadah kemudian beristiqamah akan diuji.
Kita beriman juga tapi relaks je??
Maka seharusnya kita muhasabah kembali landasan yg mana kita berdiri sekarang ini.


Nabi s.a.w. pernah berpesan tentang kekhuatiran baginda akan penyakit hati yang akan menyerang umat Islam iaitu penyakit Al-wahnu maka baginda s.a.w. ditanya apakah
Al-wahnu itu??Baginda menjawab "iaitu CINTAKAN dunia dan BENCIKAN mati".
Kemenangan Islam itu dijanjikan ALLAH, dan ALLAH tidak akan memungkiri janji.Tapi apakah kita mahu menjadi mereka yg menanti tanpa bekerja.........
Iman bukanlah angan2 dan cita2 semata.



Haiya.............

Saya telah di tagged oleh Dr fatiyah a.k.a Nagib(lahjah mesir....haha3)
Kena double plak tu sbb xbuat ag 2 2.
soalan nya macam ni la....

Terms & Condition:

1. Take a recent CUTE photo of urself.

2. Don't change anything, edit or whatever.
3. Post that picture
4. Post this instruction with this pic.
5. Tag people as many as you want to do this.........




Next,
Dengan suka cita nak men'tag'
1.Din Tanjong(blog Rumah Papan)
2.Luqman Hensem
3.Che Det(boleh ke??...hihi)


**Soalan ni agk sush laa........(nk perkataan CUTE tu.....aduhh....xpenah org sebut kt saya,dan saya nk kata saya cute.....)
Tp buat2 cute jela......haha3
Gamba ni xcute pon,cuma ni agk kemas sebab rambut pendek(serius....soalan ni susah..!!!!)




ok,Tag seterusnya............apsal kne double ni?!


8 Random Fact About Me.

  1. Hobi terkini ialah memasak, sebab nk makan kena masak sendiri so, kene la rajin memasak kalau nk rajin makan.
  2. Ade cita2 nk join Kor Kesihatan lps grad nanti, tp takut dah xberkarat la pulak bila balik Malaysia(kt cni x exercise.....)
  3. Berat skrng ialah **kg, nak naikkan sampai 80kg......
  4. Teringin main skipping.
  5. Nak belikan hadiah untuk Umar sebab dia da masuk darjah satu.
  6. Sekarang ni tgh fikir nk masak ape untuk mak saya bila balik nt.
  7. Setakat ni negeri yg xpernah sampai kt Malaysia, Sabah.
  8. 11/11/11 ialah hari Jumaat.....................haa,cuba teka apa yg saya fikir?!

Label:

Kenapa berlaku krisis politik yg makin pelik??!

Lihatlah dengan mata hati, bukan sekadar mata.


Saat saya menulis post ini, Negaraku yg tercinta masih lagi bergelora dengan gelombang politik yg masih memukul.........
Isu ini jika diteliti dari perspektif politik Malaysia maka jawapan yg akan kita perolehi adalah............PENING.Jika situasi yang serabut, ia akan jd serabut kuasa dua.
Dari itu cuba kita perhati dari asal-usul permasalahan yang berlaku. Hakikat kemelut politik di Malaysia sekarang hanyalah furu'(cabang) walaupun ia sesuatu yang besar.

Saya ingin mengajak anda berfikir sejenak, hanya buat seketika.......tentang suatu perkara.
Iaitu, pada anda apakah punca sebenar masalah politik negara kita??
Sejak bila krisis politik Malaysia bermula??
Jawapannya ialah sejak dulu lagi kita dalam krisis politik, tapi kalau dari dulu, dulu ok je?!.
Ini kerana bezanya ia meruncing, itu sahaja. Anda dapat menangkap maksud saya??
Bagi umat Islam, selagi Daulah Islamiah belum tertegak selagi itulah kita dalam krisis politik.

Apakah cabaran utama ke arah itu?
Cabaran utama ke arah itu ialah umat Islam sendiri memberikan tasawwur(gambaran) islam yg tidak jelas dan tidak syumul(menyeluruh).Malah, ada dikalangan pemimpin yang mengaku Islam tapi memomokkan non-muslim dengan hukum ALLAH.
Hudud itu hak ALLAH dan disebut dengan jelas dalam Al-Qur'an.


Hatta pernah suatu ketika pada zaman Nabi s.a.w. seorang wanita dari golongan terhormat yang disabitkan dengan tuduhan mencuri, maka keluarganya meminta Usamah Bin Zaid untuk meminta keringanan dari Nabi s.a.w. Saat itu berubah air muka Nabi s.a.w. dengan permintaan tersebut lantas Nabi s.a.w. berkhutbah dan antaranya menyebutkan, jika Fatimah Binti Muhammad mencuri maka Nabi s.a.w. sendiri akan memotong tangannya.
Meminta agar hak ALLAH dikurangkan adalah tidak logik, apa lagi menolak untuk melaksanakannya.
Antara sebab tidak dilaksanakan hudud(hak Allah terhadap manusia) ini 'kononnya' tidak sesuai untuk senario masyarakat kita di Malaysia, belum masanya..........
Syariat ALLAH yang tidak sesuai dengan masyarakat atau kepala otak kita??(kalau kepala otak kita, maka iman kita perlu dimuhasabah kembali)
Belum masanya?? adakah bila matahari terbitnya dari barat baru tiba masanya??!

Politik negara kita terus dilanda badai............sedang rakyat yang susah terus dengan kejerihan mereka, remaja yang keciciran terus ketinggalan, pemimpin yang sanggup mewaqafkan diri mereka untuk Islam terus dicari...........

**Kosongkan hati dari mana2 fahaman politik seketika, ambil Al-Qur'an sebagai perlambagaan dan Nabi s.a.w sebagai contoh, fikirkan seketika............
Apa pendapat anda??



Label:

Faiyum Best.........

Bergambar dgn sahabat lama Dr. Zubair thn 2 uni kaherah


Depan taman di Faiyum.Dari kiri: Ust. Adi, Dr. Irsyad, siapa ni??, Dr. izat, Dr. Azim, tuan kamera ni, Dr Abrar.


Piramid terbalik,macam menarik.....



Walaupon dah xtau arah nk dituju,bila bergambar kena tenang(ahaha2).


Sebelum balik ke Mansurah saya dan seorang lagi sahabat saya Abrar, singgah jap ke Giza nk ziarah org sakit, hajat nk singgah jenguk je.
Tapi tuan rumahnya Zubair ajk bermlm........kami pon bermlm laa.........
cadangnya Zubair nk ajak ke ahram kesokan harinya,tapi macam xbest pulak ke kubor firaun.......
setelah pikir2,kami pon cadang ke Faiyum...........so,sepakat nk ke
Faiyum.


E
soknya lepas subuh,ambil sarapan dan siap2 sikit keluar cari tremco, masalah ramai pulak........
so naik bas dan perjalanan mkn masa satu jam lebih.Elok2 sampai di
Faiyum tu masuk zohor(solat jumaat).Abis tu, pergi la berjalan...........
Tgk kincir, pusing2 sampai sesat, pastu xtau nk pergi mana2 sebab main gamble je pergi sini.Jadi xtau menahu tempat kt cni.........
Nk ke Tasik Qarun, tanya2 jauh rupanya...........
Entah macam mana tgk la kt sign board nk tau tempat2 kat
Faiyum ni, yg paling dekat 4km je.......
next 8km,ok la kan xjauh sgt.
Tahan la teksi, tahan punya tahan semua xnak................
musykil betul!!
Jauh sgt ke??!.........kami pon jalan ikut done ikut arah sign board.Cuba try tahan satu tremco ni,die setuju untuk bawak pergi tempat yg kami hajat. Baik pulak pakcik ni siap nk kongsi 'isy(roti arab), atas cermin pantul belakang tu ada tulis "Azkurullah(ingatlah ALLAH)..." dia punya la potpet2 kt dpn tu kami xphm ape...............


Dia kata tempat tu mmg da lama betol.........orangnya pon bagus!!!
sampai2 kt pintu pagar tempat tu...........
satu tremco cuak dan menggelabah!!!(lawak bila teringat......).
Saya terus cakap "La baks, hiina bas ya ustaz(xpe2...cni je encik),"
Ammu tu jwp "xpe2......saya hantar masuk,pastu kita solat skali...."
Guard dia ada 3 orang siap dengan shotgun/pumpgun plak tu,mau xcuak!!
Da dia cakap macam tu,xpe la masuk..............
Berdebar je hati ni sepanjang dalam tu, patut la pakcik ni baik je............huh
Dia ajk solat tp kami jwp xpe lps ni......dia pon solat dulu kt dalam.
Keluar tu kami tercegat lagi xmasuk solat...........dia pon tegur suruh solat, padahal dia xtau.
Oleh sebab itu............dia pon tanya soalan yg 'sangat susah' nk dijawab, tapi jawapannya mudah je.
Saya xingt siapa yg menyelamatkan keadaan dgn 'mengular' dari soalan tu,dan kami pon setuju utk balik................(fuh......lega betol!!)

OTW balik, masing2 berperasaan berbaur(susah nk terangkan...) risau, lawak sikit, macam2 lagi...........
Tapi semua jd agk senyap dan ambil pengajaran.................semoga perkara macam ni xberulang.

**hmm
rasa2................
Apa yg buat kami cuak bila tiba di main gate ??,satu!
Dua, kenapa pakcik tu baik sangat??
Tiga, apa yg buat kami xnk solat masa tu walaupon da masuk asar??
Empat, soalan tu senang.........tp kami xjwp(ada ke jwpn yg senang tp susah nk jawab??)
Jangan segan memberi komen.....



Label:

Saya perhati je............

Pada 9hb FEB ini insyallah maarad kitab di kaherah akan tamat.Alhamdulillah dapat la juga singgah sekejap,pada awalnya saya pergi tanpa senior,maka agak kelam-kabut nk cari buku......huru-hara, haru-biru,hijau dan macam2.

Kali kedua tu,pergi bersama ust2 dan 2 org tetamu dr Malaysia................
masa tu baru la saya tau macam mana cara nk cari buku kt cni,baru la kenal tentang pustaka yg bertapak kt situ.akhirnya bawal la balik sebuah buku buat buah tgn balik Mansurah............kalau 'syeikh dumyat'(Naqib) kita,bajet RM3k untuk kitab shj!!
bagus betul Naqib........

Masa ust2 ni sembang la saya pi dekat,kitab da jumpa(sbb satu tu je) skil masing2.Baik plak tu arab.......siap tukar2 hadiah.
Lepas dah rasa xlrt nk angkat lutut,masing2 setuju nk balik.Ya ALLAH dia punya sesak!!
sedap la teksi2 ni demand,nk LE30 xnk 20.Amboi.......banyak lemak ek.
Tp sebab muat 6 orang naik jela............
Haa.....masa untuk pelajaran 2!!
Arab tu xtau 'asyir di mana......ust tu pon terang,ok!!
naik......
sampai kt sabie' dia nk hantar sampai situ je,bertekak2 sekejap ja(segan dgn tetamu dr Malaysia nk bertekak lama2).Hmm.....masa ni la belajar camana react bila arab ni kelentong.........(
Simpan dlm hati...hihi).

Tapi sampai kt rumah hilang bengang tu bila masing2 ucap "Alhamdulillah da sampai".
Tak sabar nk tunggu maarad kitab akan datang........

*Dah ke maarad ?
banyak 'hasil' yg diangkut?

Label:

Followers

Azan

online Trafik