Pada suatu hari.....


Cepatnya masa berlalu tak terasa dah enam tahun mastautin dekat Mesir. Enam tahun mohon visa pelajar, enam tahunlah ulang alik imigresen terpacak tapi dapat penat saja.
Lagi sepuluh bulan sebelum habis (harap-harap tak ada extension...lulz)

Tahun akhir dah sekerat jalan tapi rasa macam baru sampai....nak tunggu esok terasa bukan main lama.haha
Blog yang buat masa tahun satu ni dah berapa lama entah tak dikemaskini. Dulu internet macam sampah lembapnya cuma boleh guna untuk keperluan asas.haha
Round medikal dengan kanak-kanak boleh lagi nak catch up. surgery dengan perbidanan ni rasa pening-pening lalat lagi ni apa ceritanya entah.

Entah kenapa banyak sangat entah dalam ni?
Adios

Jalur Barlif

Assalamualaikum awok-awok kite...
Untuk mengelakkan blog ni terperap tanpa post dan menjadi tapai pulut jadi terpaksalah buat post cerita pulak. Tak makan angin sangat pun kat sini cuma pergi 2,3 tempat yang bajet rendah je (^^,)
Masa cuti musim sejuk haritu sempat join program perantau Mesir pergi rombongan ke semenanjung Sinai, ni memang acara tahunan penuntut Malaysia kat Mesir.

Antara tempat yang akan dilawati kat semenanjung Sinai ni adalah tinggalan kubu Israel semasa menduduki Sinai sekitar tahun 1969 semasa perang Arab-Israel. Bar Lev Line, kubu ni dinamakan sempena nama jeneral yang yang bertanggungjawab mengawal Sinai.
Bar Lev line merupakan rangkaian kubu bawah tanah yang sofistikated dengan teknologi kejuruteraan termoden saat itu berjaya mengekang tentera Mesir dari mara ke semenanjung Sinai.

arteleri akan disorong keluar dari bunker ke atas bukit untuk  bedilan.
Kubu ini terbukti efektif apabila tentera Mesir menghadapi masalah bagi mengesan kedudukan arteleri Israel dan serangan udara dan meriam ditebat oleh lapisan batu dan pasir. 
Penggunaan bahan letupan menjadikan kubu tersebut lebih ampuh apabila bongkah batu menjadi lebih kecil.
Ketika itu peluru berpandu anti-bunker belum direka, kalau sekarang tak tahulah apa kisahnya.
staf yg cerita ckp laju dan dialek pelik, mujur ada Dr Mohamed terang  balik.
Bagaimana hebat pemikiran manusia, tetap tidak dapat melawan perancangan Allah. Tentera Mesir di bawah  Lt. Gen. Saad addin el-Shazly berjaya menawan Bar Lev yang menjadi kebanggaan Israel hanya dengan menggunakan meriam air berkuasa petrol setelah diusulkan oleh seorang pegawai muda dibawah beliau. Adapun idea penggunaan meriam air tersebut mempunyai pelbagai versi cerita, antara yang masyhur ia diilhamkan oleh syeikh Ali Jadul Haq setelah beliau bermimpi.

Kubu ini pada asalnya dapat bertahan dari serangan darat dan udara selama dua hari, cukup untuk Israel merencana serang balas, penghantaran bantuan dan membuat serangan udara.
Namun dengan menggunakan meriam air, ada kubu yang mula goyah sepantas 2 jam. Ini merupakan suatu kejutan bagi tentera Israel kerana diluar jangkaan mereka pertahanan ini akan tembus dalam tempoh secepat itu. Kubu ini dihujani bedilan arteleri setelah lapisan pasir yang menutup kubu tersebut mendap.

Arteleri yang asalnya beroda besi dan mempunyai rel,
membolehkannya  'keluar-tembak-sembunyi'
 Tentera Israel lari sehelai sepinggang dan dokumen penting sahaja, meninggalkan senjata-senjata dan kelengkapan lain kerana berundur secara tergesa-gesa. Barang-barang yang ditinggalkan oleh tentera Israel dikumpulkan dan dipamerkan kepada pelancong dan dijaga. Antara tinggalan yang ada arteleri, alat komunikasi, kelengkapan harian, senjata personnel dan banyak lagi.

AWAS!!
Kawasan periuk api aktif
(sape sanggup lari2 dlm ni aku belanja mamak =D)
 Kawasan sekitar kubu telah ditabur periuk api dalam radius beberapa ratus meter dan tentera Israel telah melarikan diri bersama peta kedudukan periuk api bagi menyukarkan tentera Mesir melakukan pembersihan. Oleh kerana jumlahnya yang terlalu banyak dan meliputi kawasan yang sangat luas, sehingga hari ini periuk api yang tertanam dipercayai masih aktif dan mereka menutup kawasan yang berisiko dengan kawat berduri.
Pembersihan periuk api bertambah rumit kerana formasi periuk api yang boleh mencetuskan satu sama lain jika salah satu meledak.

(Di Mesir, ada kajian saintis bagi memanipulasi bakteria pengurai nitrogen untuk menyah-aktifkan periuk api yang berlambak di semenanjung Sinai. kajian masih dalam proses dan jika berjaya, merintis usaha pembersihan periuk api berskala besar khususnya di Mesir)

the invisible enemy
Keseluruhan rangkaian kubu ini dimusnahkan dan ditimbus kerana semuanya menghadap ke terusan Suez kerana jika Israel berjaya merampas semula, ia merupakan disadvantage kepada Mesir. Tetapi kerajaan Mesir mengekalkan tinggalan kubu ini sebagai ikon kejayaan tentera Mesir dan ketika itu mereka percaya akan menjadi tarikan suatu hari nanti.Hari ini Bar lev line menjadi tarikan pelancongan, malah penghinaan bagi Israel yang angkuh dan bongkak dengan teknologi mereka.


Firman Allah:
لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ "
 " شَتَّىٰ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ
 (14) (الحشر)

Dalam perang ini Mesir mengalami kekalahan yang besar, namun dari segi psikologi rakyatnya ia suatu kemenangan ke atas Israel. Sayangnya bagi saya, peperangan ini dan kehilangan yang dialami hilang erti apabila kepimpinan yang diteraju Anwar Sadat menandatangani perjanjian Kem David yang berat sebelah.
Perjanjian Kem David menimbulkan kemarahan dunia Arab apabila rakyat palestin yang menjadi titik tolak peperangan ini dibiar terkapai-kapai dan banyak memberi kelebihan kepada Israel. Antara tokoh yang mengkritik hebat Anwar Sadat ialah Saad addin el-Shazly, hero sinai. Rentetan itu beliau disingkir dari perkhidmatan tentera dan dihantar ke Britain sebagai duta.

*Semoga mereka yang ikhlas berjuang memerangi kezaliman Israel dirahmati dan tergolong sebagai syuhada'. Walaupun mereka menjadi wira yang tidak didendang oleh sejarah dan dilupakan orang.
Dan palestin akan bebas kembali. Insyallah

Kalau nk tau lebih lanjut wiki je(cannot be used as citation..heehe).

Kaka dan Messi



Dalam satu pertemuan dengan saudara warga Mesir tidak berapa lama dulu, teringat saya ucapan seorang syeikh bagi menyampaikan pesanan kepada warganegara luar yang menuntut di Mesir.
Umurnya dalam lingkungan 70-80 an. Seorang yang begitu banyak pengalaman dan masih aktif dalam memupuk kesedaran umat Islam.

Saya ingin memetik sedikit apa yang beliau sampaikan...seloroh yang begitu mendalam mesejnya. Kata beliau:
Aku ini sudah tua tapi tiada seorangpun pemain bola yang aku kenali kecuali dua orang..
Mereka yang hadir tersenyum.


Aku hanya kenal Messi dan Kaka, tapi aku kenali dua orang ini bukanlah kerana bola sepak.
Tapi kerana dua peristiwa yang aku lalui...
Yang pertama, aku ternampak seorang kanak-kanak perempuan umurnya lingkungan 5,6 tahun begitu.
Dengan rambut bertocang, bermain-main seperti budak-budak lain...seperti budak biasa.
Yang peliknya dia memakai jersi dan tertulis nama 'KAKA', aku terkejut!
Nama budak ni pelik betul, 'KAKA!'
Aku pun tanyakan kepada dia, engkau ni namanya 'KAKA'?
Budak itu menjawab dengan terkejut,
'Ammu, ammu tak kenal Kaka? kaka ni pemain bola internasional yang terkenal bukan nama saya kaka!'
 -_-"

kami pun ketawa, pemain yang world class! bukan setakat skuad kebangsaan Mesir.

Beliau menyambung:
Dan satu lagi ialah budak memakai jersi dengan nama MESSI, nama yang sangat-sangat pelik. Kisahnya lebih kurang yang tadi.
Lepas daripada itu, aku tak bertanya jika ada budak-budak memakai jersi dengan nama yang pelik-pelik dan aku pun ingat nama KAKA dan MESSI sampai hari ini.
Malah jika aku tanyakan kepada budak-budak umur 5,6 tahun siapa Kaka atau Messi, hampir semuanya kenal dua orang ni.
Tapi apa yang menyedihkan....
Bila aku tanyakan siapakah sahabat Nabi S.a.w yang Allah haramkan jasadnya dari dianiaya oleh kaum musyrikin setelah wafat. Beliau merupakan salah seorang ahli badar.
Tiada walau seorangpun yang dapat menjawab soalan ini...walau seorang!







Maka jawab beliau:
Beliau adalah 'Asim bin Thabit bin abi Aqlah al-ansori (عاصم بن ثابت بن أبي الأقلح الأنصاري) tulis dan ingat nama ini sampai bila-bila bagi yang belum tahu.










Kemudian beliau akhiri pesanannya dan membuka untuk soalan, kebanyakan soalan berkisar tentang situasi politik Mesir.



(yang menulis ni pun xtaw jugak masa tu...mmg rasa headshot jugak.messi ngn ronaldo kenal, sahabat agung yang juga badri kau xkenal ya!)
-------------------- (>.<) --------------------

Kononnya cintakan Nabi s.a.w tapi tak kenal sahabat yang mempertaruhkan nyawa untuk baginda s.a.w, mereka yang berjuang untuk agama pada awal penyebaran Islam.
Adakah aku cintakan Nabi s.a.w??
Yang kenal bagus la...saya ni yang xbagus T_T

------------------------------------------------------------



Kaka ketika di AC Milan (^^,)



Kawan-kawan Mentertawakan Jawapannya,Tetapi Gurunya 'Menangis'

Dikisahkan di sebuah sekolah, seorang guru bertany kepada murid-murid tahun satu:
'Apakah cita-cita kamu setelah dewasa?'
Maka para pelajar menjawab juruterbang,doktor,polis,jurutera...dan jawapan para pelajar berkisar bidang-bidang tersebut.
Kecuali seorang pelajar yang memberikan jawapan yang pelik..maka murid-murid lain tertawa dengan jawapan tersebut.
Maka guru tersebut bertanya,
'Adakah kamu faham jawapan kamu?'
.
.
.
Murid: Apabila dewasa saya mahu menjadi seorang sahabat
Guru tersebut merasa hairan dengan murid tersebut. Dan bertanya
'Mengapa seorang sahabat?'
Dia menjawab: Setiap hari sebelum tidur mama akan bercerita tentang kisah sahabat...
                       Sahabat mencintai Allah...dan seorang pahlawan, bapa saya cakap begitu.

Maka guru tersebut terdiam sebak..dan menahan air matanya mendengar jawapan kanak-kanak itu.
Guru tersebut sedar, disebalik murid ini seorang ibu yang HEBAT, maka cita-citanya menjadi HEBAT!

nota kaki:
cerita ini dinukilkan oleh Syeikh Muhammad Hassan dalam fanpage beliau.

Gelombang Revolusi

"Kami tidak akan memaafkan.....
takkan melupakan pembunuhmu Hamzah....
kami Hamzah alkhatib"

Harga kebebasan yang di bayar oleh rakyat Mesir begitu mahal dengan angka korban yg mencecah ribuan walaupun sumber-sumber lain mendakwa mencecah sehingga 5 ribu tapi dirahsiakan bagi mengelakkan retalliation rakyat, tapi angka sebenar wallahu a'lam.
Memandangkan sekarang musim peperiksaan jd blog ni on hiatus,tapi kena post jgak sbb nak promot fanpage fesbuk pasal revolusi. Tapi kali ini fanpage revolusi Syria....
Dan harga kebebasan yg diletak oleh tyrant syria jauh lebih mahal dari Hosni Mobarak.

Kalau di Mesir pemuda bernama Khaleed Said, di Syria Hamzah Ali Khatib.
Beliau remaja berumur 13 tahun yg ditahan pihak keselamatan Syria kerana menyertai perhimpunan aman sempena 'jumaat kemarahan' Syria.
Pihak keselamatan kemudiannya mengembalikan beliau kepada keluarga dalam keadaan tidak bernyawa lagi dengan kesan penderaan yg sangat dahsyat dan diluar pemikiran akal yg waras.
Jadi jom 'LIKE' fanpage ni sebagai tanda sokongan kepada rakyat Syria terhadap pemerintahan kuku besi Bashar Assad.

Untuk mengetahui panjang mana kuku Bashar Assad ni, anda boleh saksikan video yg menjadi bukti betapa brutalnya tyrant Syria.
video tu tiada subtitle, jadi sy cuba terangkan sikit-sikit sekadar mampu.
Dalam video tersebut diterangkan tentang nama dan umur beliau, kemudian ditunjukkan kesan tusukan yg menembusi tangan beliau dan perut.
Tengkuknya juga dikatakan patah.
Betis beliau juga terdapat kecederaan seperti di tangan.
Dan akhir sekali dan yg paling menyayat hati, alat sulit Hamzah telah dipotong.
Apakah yg mendorong mereka begitu kejam dan sadis kepada remaja ini??
Tidak cukup dengan penyiksaan yg begitu dahsyat, diaibkan begitu sekali.

Semoga saudara seIslam di Syria dipermudahkan urusan mereka, sama-sama kita beri sokongan 0n9(tu pun susah ke?) dan doa.
Jangan lupa 'LIKE' tau.

Label:

Ayam betul...

Malam tadi masa tengah 'mengadap buku' atau istilah lainnya 'menadah kitab'(dalam bi nya face-book), terbaca status mesej dari kawan-kawan yang buat status tentang pemimpin tempatan yang mengeluarkan kenyataan

"Saya tak kata mereka(Muslim Brotherhood) pengganas.Saya cuma mahu mereka tidak terlibat dengan keganasan dan ekstrimisme"-buletin utama
Pelik betul manusia-manusia spesis ni, cakap tak ingat dunia, hentam ikut suka....
Dah la ade tuduhan bahawa MB melanggar syara' dengan menjadi mastermind dalam menggulingkan kerajaan.
Mula-mula dengar pendapat beliau, saya rasa dia xpernah tengok hidup rakyat Mesir yang melarat(sedih tengok ahli agama yang menjaja nama ulama' dan memutar belit ayat Al-qur'an).
Kebanyakan rakyat Mesir mengenali MB dengan kebajikannya dan penindasan terhadap mereka, tiba-tiba pemimpin Malaysia pulak bagi komen macam tu.....
malu...malu... kalau orang Mesir dengar.

Kalau di Mesir, secara umumnya ada 2 pihak yang tidak bersetuju dengan MB.
satu, golongan sekular tegar yang alergik dengan islamist dan yang kedua orang yang hanya peduli kerja dan perutnya sahaja.
Mereka merasakan Mesir aman damai dibawah pentadbiran hosni mobarak.

tentera memisahkan anti dan pro mobarak, 4 feb 2011.(credit to aizat sofian)


p/s: kesian rakyat malaysia selalu makan 'berita kurang berzat'....

Followers

Azan

online Trafik