TERMINOLOGI semata atau macam mana??!

Salam mahabbah kepada kawan-kawan semua,
Gembira rasanya bila baru-baru ni berkesempatan menelefon beberapa orang kawan-kawan di Malaysia. Rindu pula rasanya kepada keluarga, kawan lama dan tanah air(nampak macam nak balik je...).Maaf kepada yang tak sempat (kredit tak sempat).

Malam musim dingin ni panjang, tapi masih tak boleh lelap. Biasanya mentelaah adalah dodoian paling berkesan, tapi tak beberapa berkesan pula kali ni.
Jadi saya pun ke dapur nak check kalau-kalau ada tikus, hemm....tikus takda~
Jadi saya pon buka peti ais cari makanan, tapi lepas tu masih tak boleh tidur.
Termenung-menung sendirian tu, saya pun flashback kembali beberapa perkara yang berlaku di Mesir ni.
Gema Aidilfitri PERUBATAN, masalah program pembacaan Kutub Sittah, masalah mahasiswa tibb Azhar Badan Kebajikan Anak Selangor Malaysia(BKASM) dan macam-macam lagi lah.
Dengarnya ada peserta Kutub Sittah yang terpaksa dirijek, tapi tak tahu detailnya.
Yang tak sempat semoga berpeluang lagi.
Kawan-kawan tibb Azhari BKASM semoga dimudahkan Allah taala.

Tapi saya teringat tentang satu perkara, setelah saya 'berjalan-jalan' di....(rahsia).
Terdetik semula mengenai forum yang diadakan oleh SPR Majlis Kebajikan Keluarga Kedah(MKKK) tak lama dulu, tajuknya begitu menarik, "Ledakan Ideologi Dikalangan Mahasiswa dan Masa Depan Negara", dua panel jemputan tidak hadir namun diskusi tetap rancak(asalnya enam panel tetapi empat sahaja yang hadir).
Cumanya bagi pendapat saya yang naif ini pada akhir forum fokus perbincangan agak tercapah dari tajuk dan perbincangan utama.
Namun banyak output yang dapat dikumpul(sebenarnya sikit je sebab tak bawa catatan),
memandangkan antara panel jemputan adalah alfadhil Ust Hairul Nizam dan alfadhil Ust Fawwaz.

Walaubagaimanapun, diakhir forum ketika sesi soal-jawab dibuka timbul satu persoalan dihati saya iaitu adakah 'IDEOLOGI' dan 'METODOLOGI'

1)Mempunyai erti yang sama dan sebahagian satu sama lain.
atau
2)Mempunyai pengertian yang tersendiri dan tidak mencerminkan satu sama lain.

Saya hanya sempat buka kamus poket Oxford Fajar, belum sempat nak buka advanced learners, apatah lagi kamus dewan yang lama tak dibelek dan di Malaysia!!.
Tapi jika ia mempunyai maksud yang kontekstual saya yang naif ini belum menjumpainya.

Kalau yang pertama maka......
kalau yang kedua maka...........

Apakah hubungan kedua-dua perkataan ini??!
yang pertama atau kedua, atau ada yang ketiga?!!
Zaman sekolah dulu kan senang, angkat tangan:
"Cikgu saya tak faham........"





p/s: Mungkin ada yang tak berapa faham post ni sebab memang kadang-kadang tak difahami~
ambilah masa untuk faham jap.....
wallahu a'lam


Label: ,

Senyuman ragamu

Salam syawal :D
Bagi yang dah mula puasa enam masih sempat lagi untuk menghabiskan baki hari yang tinggal.
Kalau belum, 25 syawal ni hari yang menarik nak mula puasa enam(haha.....)
Bagi yang last minute baru mula....hehee, mmg nikmat la kena 'ala tuul.
Habis tu Gema Aidilfitri jumaat ni??(
redha dan pasrah jela....)
Post ni tak sepatutnya muncul tapi ia nak memunculkan diri juga.....~

Tahun yang baru bermula ini meniupkan semangat baru bagi semua mahasiswa di Mesir, khususnya megalopolis Mansurah ni.
Cumanya sama ada semangat yang ditanam itu akan terus bercambah dan subur ke hujung tahun dan mengeluarkan buah ataupun ditanam juga tapi berkubur terus dan mereput ditelan masa.

Permulaan kali ini agak pahit kalau ditilik, namun permulaan itu jangan dijadikan penghabisan.Pasti akan datang suatu masa di mana kekecewaan akan mencuit hati kita.....
Setiap orang akan merasainya.....cuma waktu, peristiwa dan kesannya berbeza mengikut individu bergantung interpretasi dan learning capability masing-masing.
Bila melihat sahabat kita dilanda badai kecewa ni, maka sewajarnya seorang sahabat itu perlu memberi semangat terutama housemate(ni macam nak suruh housie sendiri bagi motivasi...hehee).

Tapi bagi saya kepahitan itu berkurang sikit bila bersembang dengan adik-adik dan abang-abang junior(eh??).
Lucu rasanya bila ke rumah mereka dan melihat gelagat ahli rumah tersebut......
Tak kiralah adik ke abang, semoga cemerlang.
Dan baru-baru ni semakin gembira bila tengok gambar 'junior' nun di Malaysia sana.Bila tengok muka kanak-kanak ni jadi tersenyum sendiri.Maklumlah muka tak berdosa la katakan.....

cak!!. Sarah anak mak usu~


senyuman bergaya...hehee.Falah anak kak juju(3bln lh tua)


-Pak cik di situ tiada kaitan-.Abg ngah n Anak cik Sabar.


Gambar kat bawah ni pulak untuk adik saya yang tak boleh nak receive gambar.So, post kat 'taman bunga' saya nih supaya boleh tengok.
Gambar ni diambil selepas solat raya di Masjid Masakin, bila tengok gambar ni macam sayu-sayu sikit la kan(kononnya).
Sekali tengok gambar kat bawah tu......takdak dah sayu-sayu nih.Tergelak adela....
Saya di sini tak balik malaysia tapi beraya, kat malaysia ada jugak yang tak beraya~huhu


Berdiri dr kiri: Muaz, Abrar, Moja, Mat sopi, Lah, Castt..??, Hadi, Hizam, Amar
Duduk: Hanif, Baim, Azrul, Hanif, Azizi, Ubai


Abg ngah n Akir ke Port Klang melawat abg Bai di pagi raya yang berlabuh 4jam di Port Klang.....
(haa.....mana lagi sedih ??!http://emo.huhiho.com)


Label: ,

Followers

Azan

online Trafik