Memandangkan sekarang musim peperiksaan jd blog ni on hiatus,tapi kena post jgak sbb nak promot fanpage fesbuk pasal revolusi. Tapi kali ini fanpage revolusi Syria....
Dan harga kebebasan yg diletak oleh tyrant syria jauh lebih mahal dari Hosni Mobarak.
Kalau di Mesir pemuda bernama Khaleed Said, di Syria Hamzah Ali Khatib.
Beliau remaja berumur 13 tahun yg ditahan pihak keselamatan Syria kerana menyertai perhimpunan aman sempena 'jumaat kemarahan' Syria.
Pihak keselamatan kemudiannya mengembalikan beliau kepada keluarga dalam keadaan tidak bernyawa lagi dengan kesan penderaan yg sangat dahsyat dan diluar pemikiran akal yg waras.
Jadi jom 'LIKE' fanpage ni sebagai tanda sokongan kepada rakyat Syria terhadap pemerintahan kuku besi Bashar Assad.
Untuk mengetahui panjang mana kuku Bashar Assad ni, anda boleh saksikan video yg menjadi bukti betapa brutalnya tyrant Syria.
video tu tiada subtitle, jadi sy cuba terangkan sikit-sikit sekadar mampu.
Dalam video tersebut diterangkan tentang nama dan umur beliau, kemudian ditunjukkan kesan tusukan yg menembusi tangan beliau dan perut.
Tengkuknya juga dikatakan patah.
Betis beliau juga terdapat kecederaan seperti di tangan.
Dan akhir sekali dan yg paling menyayat hati, alat sulit Hamzah telah dipotong.
Apakah yg mendorong mereka begitu kejam dan sadis kepada remaja ini??
Tidak cukup dengan penyiksaan yg begitu dahsyat, diaibkan begitu sekali.
Semoga saudara seIslam di Syria dipermudahkan urusan mereka, sama-sama kita beri sokongan 0n9(tu pun susah ke?) dan doa.
Jangan lupa 'LIKE' tau.

