Kenapa berlaku krisis politik yg makin pelik??!

Lihatlah dengan mata hati, bukan sekadar mata.


Saat saya menulis post ini, Negaraku yg tercinta masih lagi bergelora dengan gelombang politik yg masih memukul.........
Isu ini jika diteliti dari perspektif politik Malaysia maka jawapan yg akan kita perolehi adalah............PENING.Jika situasi yang serabut, ia akan jd serabut kuasa dua.
Dari itu cuba kita perhati dari asal-usul permasalahan yang berlaku. Hakikat kemelut politik di Malaysia sekarang hanyalah furu'(cabang) walaupun ia sesuatu yang besar.

Saya ingin mengajak anda berfikir sejenak, hanya buat seketika.......tentang suatu perkara.
Iaitu, pada anda apakah punca sebenar masalah politik negara kita??
Sejak bila krisis politik Malaysia bermula??
Jawapannya ialah sejak dulu lagi kita dalam krisis politik, tapi kalau dari dulu, dulu ok je?!.
Ini kerana bezanya ia meruncing, itu sahaja. Anda dapat menangkap maksud saya??
Bagi umat Islam, selagi Daulah Islamiah belum tertegak selagi itulah kita dalam krisis politik.

Apakah cabaran utama ke arah itu?
Cabaran utama ke arah itu ialah umat Islam sendiri memberikan tasawwur(gambaran) islam yg tidak jelas dan tidak syumul(menyeluruh).Malah, ada dikalangan pemimpin yang mengaku Islam tapi memomokkan non-muslim dengan hukum ALLAH.
Hudud itu hak ALLAH dan disebut dengan jelas dalam Al-Qur'an.


Hatta pernah suatu ketika pada zaman Nabi s.a.w. seorang wanita dari golongan terhormat yang disabitkan dengan tuduhan mencuri, maka keluarganya meminta Usamah Bin Zaid untuk meminta keringanan dari Nabi s.a.w. Saat itu berubah air muka Nabi s.a.w. dengan permintaan tersebut lantas Nabi s.a.w. berkhutbah dan antaranya menyebutkan, jika Fatimah Binti Muhammad mencuri maka Nabi s.a.w. sendiri akan memotong tangannya.
Meminta agar hak ALLAH dikurangkan adalah tidak logik, apa lagi menolak untuk melaksanakannya.
Antara sebab tidak dilaksanakan hudud(hak Allah terhadap manusia) ini 'kononnya' tidak sesuai untuk senario masyarakat kita di Malaysia, belum masanya..........
Syariat ALLAH yang tidak sesuai dengan masyarakat atau kepala otak kita??(kalau kepala otak kita, maka iman kita perlu dimuhasabah kembali)
Belum masanya?? adakah bila matahari terbitnya dari barat baru tiba masanya??!

Politik negara kita terus dilanda badai............sedang rakyat yang susah terus dengan kejerihan mereka, remaja yang keciciran terus ketinggalan, pemimpin yang sanggup mewaqafkan diri mereka untuk Islam terus dicari...........

**Kosongkan hati dari mana2 fahaman politik seketika, ambil Al-Qur'an sebagai perlambagaan dan Nabi s.a.w sebagai contoh, fikirkan seketika............
Apa pendapat anda??



Label:

2 komentar:

  1. Fadzrul Hisyam said...:

    Hudud sememangnya amat penting untuk dipraktikkan dalam perundangan negara Islam.

    Namun, situasi politik global juga antara sebab mengapa negara kita masih perlu mengambil masa untuk mempraktikkan hudud, qisas dll.

    Antara sebabnya ialah Amerika. AS merupakan penghalang utama dalam merealisasikan perundangan Islam ini. Sistem kapitalis barat yang diterajui oleh AS telah pun disebarkan ke seluruh dunia melalui propaganda barat sejak perang dingin tercetus. Malah, sistem perundangan barat juga telah lama dipraktikkan di tanah-tanah Islam yang dijajah oleh kuasa-kuasa barat sejak kejatuhan empayat Turki Uthmaniah.

    Tambahan pula, AS sekarang merupakan monopoli besar dalam sistam politik global yang menunjukkan merekalah yang paling berkuasa. Oleh itu, setiap negara yang tidak menjalankan pemerintahan demokrasi (demokrasi penuh - tanpa raja, negara diterajui presiden, kuasa di tangan rakyat) pasti akan diserang sama ada dari segi ketenteraan, ekonomi dsb. Lihatlah, hampir 90% negara di dunia ini mengamalkan pemerintahan demokrasi penuh ciptaan barat berbanding sistem feudal kerajaan Islam terdahulu. Namun, kita boleh bersyukur kerana sistam constitutional monarchy (raja berpelambagaan) adalah sistem yang menyelamatkan sistem feudal yang diamalkan dahulu. Walaupun raja berpelembagaan merujuk kepada negara beraja yang demokrasi, namun sistem ini menunjukkan kebersanan menyelamatkan sistem feudal di samping menyelamatkan negara dari ancaman AS.

    Di kala ini hanya terdapat beberapa sahaja negara yang mengamalkan feudal raja berkuasa mutlak seperti Arab Saudi, Brunei, Oman, Qatar, dan UAE. Namun begitu, negara besar seperti Arab Saudi juga merupakan negara yang menjadi sekutu rapat kepada AS. Lihatlah semasa Palestin diserang, Arab Saudi hanya mendiamkan diri.

    Dari konteks ini, Arab Saudi yang negaranya mempunyai kuasa yang besar di kalangan negara Islam juga tunduk kepada AS, inikan pula negara Islam lain. Terutamanya Malaysia yang begitu kerdil di mata AS. Malah, sistem pertahanan Malaysia tidak mampu untuk bertahan lama sekiranya diserang AS disebabkan alasan politik perlembagaan diubah kepada perlambagaan Islam seperti yang diamalkan di Afghanistan dan Iraq.

    Dari situasi inilah mengapa negara kita masih belum bersedia untuk berpindah kepada perlembagaan Islam. Politik di Malaysia hanyalah sekuat suara yang menjerit, tetapi tidak mampu merempuh musuh.

    Apakah kita mahu lihat negara kita gugur seperti di Afghanistan dan Iraq? Semestinya tidak. Bukan kerana tidak mahu berjihad, tetapi kita masih belum bersedia untuk menyiapkan generasi yang mampu menuntut hak Islam dan kita masih dalam proses menyediakan generasi yang mantap.

    Namun, tindakan segelintir ahli politik dari kerajaan mahupun pembangkang menunjukkan ketidak mutuan dalam menjadi idola generasi baru menunjukkan bertapa tidak bersedianya kita. Apakah kita dilihat mampu menegakkan Islam sekiranya kita masih kafir mengkafirkan umat Islam sendiri? Apakah kita masih mampu berjuang jika menggunakan Islam untuk mengeluarkan fatwa yang semata-mata dikeluarkan ketika pilihanraya? Apakah kita mampu melihat Islam gagah dikala Islam sendiri berkerjasama dengan kumpulan yang terang-terangan menentang Islam dan menghina raja? apakah kita dikatakan gagah jika rasuah masih berleluasa?

    Janganlah kita tergopoh-gapah menegakkan Islam sedangkan diri sendiri belum bersedia menegakkan Islam? Tepuk dada tanya iman.

    Kita hanya negara lemah, sedangkan Singapura di selatan mampu menghancurkan kita dalam masa 30 hari. Inikan pula AS yang kuasanya beratus kali ganda dari Singapura.

    Sedangkan negara Arab sendiri belum tentu mampu memperjuangkan Islam secara total, inikan Malaysia yang kerdil ini. Lihatlah Mesir dan Arab Saudi. Apakah mereka mampu menegakkan Islam secara total sedangkan Universiti Al-Azhar, Ka'bah, Madinah, merupakan mercu tanda Islam utam di kedua-dua tanah Islam tersebut. Inikan Malaysia yang semasa menjadi pengerusi OIC pun tidak dilayan oleh negara Islam lain?

    Nampaknya, kita kenalah tunggu satu kaum dari ufuk timur yang pernah disabda oleh Rasulullah s.a.w yang akan mengangkat bendera hitam dan mendapatkan hak Islam yang selama ini tidak diperoleh. Apakah mereka itu dari tanah Iran yang dikuasai Syiah? Mungkin tidak. Apakah mungkin dari tanah Nusantara iaitu bangsa Melayu?
    Wallahu-Alam...

  1. Anonymous said...:

    Doc kerek, ana nk strawberry made dari mansurah. Ana tuntut, xkira..hehe.
    Politik, ana xnk amek tau..lelah jiwa ana.

Post a Comment

Followers

Azan

online Trafik