VOIP adalah dari perkataan Voice Over Internet Protocol. Bahasa mudahnya, perkhidmatan telefon menggunakan internet.
Perkhidmatan ini membolehkan data suara kita dipindahkan melalui internet dalam bentuk digital dan dipindahkan dalam bentuk mekanikal semula. Voip boleh digunakan daripada komputer atau terus dari telefon IP.
Pembekal perkhidmatan yang familiar seperti skype, yahoo messenger dan sebagainya
Apa kelebihan VOIP:
1-Kos yang murah.
Berbanding perkhidmatan syarikat telekomunikasi setempat, lazimnya VOIP secara umumnya lebih murah kerana kos bergantung kepada lokasi negara penerima panggilan tersebut, bukan dari mana lokasi pemanggil.
Biasanya Pengguna menganggap panggilan menggunakan voip adalah percuma, tapi sebenarnya anda membayar.....iaitu caj internet~
Caj tambahan lazimnya bagi panggilan kepada talian tetap atau talian mudah alih tapi masih pada kadar yang murah.
Jadi bila keluarga anda atau kawan-kawan anda tanya
"tak mahal ke nset??"
Jawablah,
"saya sayang mak ngn abah , kalau seminit 10 ringgit pon xpe"
(ngn membe2 xde hal lah~haha)
Kerana kos yang rendah, telefon voip biasanya digunakan oleh jabatan kerajaan atau syarikat-syarikat yang kerap membuat panggilan antarabangsa.
2-Peningkatan fungsi
Sekiranya anda menggunakan telefon voip, sebarang panggilan terus dihubungkan kepada telefon anda yang disambung kepada internet.
Walaupun anda pergi ke mana-mana, dengan talian internet yang baik anda boleh membuat panggilan dengan mudah.
Kalau sebelum ini mungkin anda pernah mendengar e-voiz dan smartvoip, e-voiz juga merupakan perkhidmatan voip.
Bezanya sistem tambah nila kedua-dua perkhidmatan ini. Seperti smartvoip, lowrate dan beberapa plan lain, kredit akan dimasukkan menggunakan id, manakala evoiz menggunakan siri nombor pada kad tambah nilai.
Jadi kepada mereka yang belum pernah mencuba boleh klik link untuk tutorial.
Anda sudah menggunakan dan selalu topup?!
Salurkan sebarang cadangan bentuk promosi voip yang anda mahu kepada pantheraleo313@gmail.com dengan segera.....
Kerana mungkin cadangan anda terpilih!!
**Family first.....dah kol famili ke??
Sayangi keluarga setiap hari~





