"Saya tengok tangan encik pun dah tau..."
Cuak tak kalau anda ke klinik tiba-tiba doktor cakap camtu, ini doktor ke tok dukun??.
Ada apa pada tangan kita??
untuk meminang?tilik nasib?tikam nombor?
Selain titik-titik refleksiologi seperti yang diketahui umum, tangan kita juga bole menjadi penanda risiko penyakit. kajian saintis di Britain mendapati ukuran panjang antara jari telunjuk dan jari manis berkait dengan kanser prostat.
Jurnal Kanser British mendapati mereka yang mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang dari jari manis secara signifikan kurang berisiko mendapat kanser prostat.
Penemuan itu hasil perbandingan penyelidik terhadap 1500 pesakit kanser prostat berbanding 3000 lelaki sihat.
Panjang jari ditentukan sebelum kelahiran dan diandaikan berkait rapat dengan tahap hormon sex semasa dalam kandungan.
Pendedahan kepada testosteron yang lebih rendah menyebabkan jari telunjuk lebih panjang dan mungkin menghalang dari kanser prostat selepas itu menurut penyelidik dari Universiti Warwick dan Institut Penyelidikan Kanser.
Professor Ros Eeles salah seorang penulis laporan kajian tersebut menyatakan bahawa lebih banyak kajian diperlukan, namun jika ia pasti ini merupakan ujian mudah menentukan risiko kanser prostat.
Dr Helen Rippon, ketua penyelidikan Kanser Prostat menambah lelaki yang mempunyai jari telunjuk lebih pendek tidak perlu merasa risau yang tidak munasabah.
*Kanser prostat adalah berada tangga ke-6 kes kanser dan 5.7 peratus pesakit lelaki menghidap kanser, adalah kes kanser prostat.
Pautan luar:
http://www.malaysiaoncology.org/article.php?aid=32
http://www.bbc.co.uk/news/health-11880415
Thursday, January 20, 2011 |
1 komentar
1 komentar:
Teruskan menulis dan kerap mengemaskinikan blog. Semoga lulus dalam exam.
Abah
Post a Comment