Semoga sentiasa dalam redaNya

Alhamdulillah segala puji dan syukur kehadratNya atas segala nikmat dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar nikmat.Dan selawat kepada junjungan mulia s.a.w.

gud luck bro......pray 4 me t0o ek~

Pertama sekali, sempena 12/12 ni saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada abang yang selalu bertumbuk dengan saya masa kecik-kecik dulu. Dan ni perkara itulah yang membuat saya rindu dan kasih padanya.
Semoga Allah rahmati Muhammad Mus'ab.[walaupun kebanyakkan orang ada masalah nak sebut, MUS'AB!!!......kih3]
Semoga ada tempias-tempias berkat nama Mus'ab Bin Umair. Sahabat nabi s.a.w yang ketika mana zaman jahiliyyahnya bangsawan berharta, hidupnya mewah dan pakaiannya sutera,
demi memeluk Islam beliau r.a. sanggup meninggalkan semua kemewahan itu sehinggakan saat beliau syahid di medan Uhud, kain kafannya tidak mencukupi.
Bila ditutup kepala, terdedah hujung kaki, bila ditutup kaki, terdedah kepalanya.
Kita yang bukan hartawan pun tidak pernah begitu.

Semoga pertambahan usia kamu seiring dengan perubahan positif dalam diri.
Kalau ada tabiat yang kena tinggal tu....tinggal lah~hehee
Semakin jauh kita menapak usia, maka semakin dekatlah kita ke destinasi.
Tapi setiap manusia ada trek yang berbeza,
ada yang baru sedikit tapaknya......
tapi lebih awal sampai.
Ada yang telah jauh,

kadang-kadang begitu jauh............
tapi masih dipanjangkan usia.
lastly, sekadar peringatan~
"ngaji biau pandai, peel bia jjuruh, hidup biau Islam bulih tumpang"

"ehehe"~Orang wish bday tersengih-sengih plak ko~ =p


[Sori yea famili org laen pun ada, malas nk cut foto nih]

Dan tahniah kepada sepupu saya Shahidah Muslimah Binti Roslan yang telah mendirikan 'rumah bertangga' dan keluarga.
Semoga lahir satu lagi famili beriman insyallah.
[Mak pulak xlama lagi........lalala, but not me........haha acah jek =) ].
Baarakallah fihuma wa jamma'a bainahuma rahmah....aminn.


0 komentar:

Post a Comment

Followers

Azan

online Trafik