Adakah Malaysia juga wajar mencontohi AS?

Ini merupakan keratan akhbar Berita Harian yang bertarikh 22 November 2009,Ahad. Seorang bekas perokok yang terpaksa berkerusi roda kerana paru-parunya rosak di Los Angeles.


Saman tersebut melibatkan kos perubatan lampau dan akan datang serta ganti rugi punitif berjumlah AS$300 juta. Lebih menarik lagi jumlah ini merupakan ganti rugi terbesar pernah diarahkan oleh mahkamah dan antara 8000 kes difailkan terhadap syarikat rokok. Ini adalah rentetan Mahkamah Agung Florida memutuskan perokok boleh menyaman syarikat rokok pada tahun 2006-Reuters.


Saya berpendapat jika Malaysia juga wajar melaksanakan undang-undang ini malah, mungkin Kementerian Kesihatan juga boleh menyaman syarikat rokok. Kerana syrikat-syarikat rokok telah membantutkan usaha dan wang yang diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan, khususnya bagi perokok-perokok yang mula merokok sebelum kesedaran kepada umum tentang rokok diwar-warkan [Cumanya apa yang dikhuatirkan jika dilaksanakan ialah semakin ramai yang merokok kerana nak menang saman….hehe].


Malaysia juga seharusnya membenarkan mereka yang non-muslim yang ketagih arak dan judi untuk menyaman syarikat terbabit. Walaubagaimanapun, ini hanya bersifat sementara selagi hukum yang ditetapkan syariat Islam gagal kita implemenkan.

*salah satu kesan rokok adalah emphysema,teringat saya kepada seseorang yang pernah mengalami emphysema.

Label:

0 komentar:

Post a Comment

Followers

Azan

online Trafik