Singa Darat......

Post ini adalah sebahagian daripada artikel yang dari blog Ust Nazrul tentang haiwan, maka saya tertarik dengan post yang ini untuk dikongsi.

SINGA

Justify Full

Ini merupakan binatang yang terkenal.Singa mempunyai nama yang cukup banyak di dalam bahasa Arab. Ibn Khaluyah mengatakan bahawa nama singa menjangkau sehingga 500 nama.Antara nama-nama singa ialah al-Asad, Usamah, Baihas, Na’aj, Jaghdab,al-Harith,Haidarah,Dawwas, Ri’bal,Zufar(seperti nama seorang ulama bermazhab Hanafi),al-Sabu’, Dhargham,Dhaigham,Thaisar,al-Anbas,al-Ghadanfur, al-Farafisoh,al-Qaswarah dan lain-lain.
*Nama saintifiknya Panthera Leo(ehem2...)

Al-Imam Damiri mengatakan bahawa ini jelas menunjukkan singa merupakan haiwan yang sangat dihormati.Para hukama’ mengatakan “ Banyaknya nama pada seseorang tersebut, menjadi tanda bahawa si empunya nama merupakan seorang yang mulia”.

Apakah hukum memakan singa?

Al-Imam Syafie, Abu Hanifah , Ahmad bin Hanbal , Daud al-Zohiri dan jumhur para ulama radhiyallahu anhum mengatakan bahawa HARAM bagi seseorang memakan singa. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu mengatakan bahawa makruh hukumnya memakan singa.Perlu difahami, terkadang al-Imam Malik menggunakan perkataan makruh tetapi maksudnya adalah haram.Tetapi di dalam permasalahan ini para ulama Malikiyah telah menerangkan dengan lebih lanjut bahawa makruh di sini bermaksud tidak haram untuk dimakan.

Kenapa diharamkan memakan singa?

Al-Imam Mawardi mengatakan bahawa al-Imam Syafie rahimahullah mengharamkan untuk kita memakan singa kerana ianya memburu bintang menggunakan taringnya.

Nk tgk binatang lain?? buka blog Ust Nazrul =)

Label:

Mencuri-curi masuk

Salam ramadhan....rasanya tak berapa lambat lagi nk ucap ni.
Setelah lama terbiar akhirnya dapat juga curi-curi masuk blog ni....huh~
(masuk ni pon tak tau kne 'tembak' ke tak)

Tengah sibuk-sibuk stadi ni nak kena rehat gak kan...kan.....??
maka alkisahnya saya pon berjalan-jalan menengok-nengok gambar orang Malaysia, tiba-tiba plak.....terdetik~
"kalau balik kampung sedap jugak ni"
aduh....tengok gambar seorang budak kecik yang bernama Fallah Irsyad, saya pon post la komen kt gambar tu(kt album my bro :) ),
"sape die ni? tak pernah nampak pon..."
Lepas tu terus nak recall siapa budak kicik kt kampung....siapa??

Otw nk ke kedai baru teringat......
Fallah tu anak sepupu saya....haha
Dia baru lahir sebelum datang sini, sekarang mestila da besar.
Teringat lak kat Hakimi, asik nak berkelek je Kimi nih. Kalau dukung senyap la die, suka pandang ke luar rumah nak mintak orang bawak jalan-jalan kt luar.

Apapun, 3,4 tahun lagi balik raya....
budak-budak kecik nih mesti kenal abg uda diorng.....kalau tak sorang-sorang kena sekeh.
=))
Kepada keluarga, sahabat handai, kawang-kawang.....Selamat berpuasa~
Semoga amal kita diterima Allah.

Label:

Diri ini PRO atau KONTRA??!


Bismillah,

Berbeza pendapat memang menjadi lumrah bermasyarakat, hatta dikalangan sahabat baginda pun berbeza pendapat apalagi manusia yang banyak berdosa seperti kita(seperti saya tepatnya).
Semenjak dua menjak ni, saya membelek akhbar maya berita-berita dari nun disana masih berkisar tentang akta keselamatan dalam negeri(ISA), kes pembunuhan Teoh, dan wabak H-satu-N-satu a.k.a selsema BABI yang sehingga kini meragut 18 nyawa di Malaysia.
Kadang-kadang bosan tapi itulah hakikat yang perlu diterima.

Tapi saya lebih tertarik setiap kali berita mengenai ISA sama ada pro atau kontra,
mengapa??
kerana ia merupakan akta yang mempunyai nilai sejarah..(hehe...acah je)

Pada 1 Ogos lepas diadakan demonstrasi jalanan yang menyebabkan kedai-kedai dan jalan-jalan ditutup, hinggakan saman dikemukakan mencecah 10 juta!!
Rentetan demonstrasi itu seorang mufti melontarkan komentar bahawa perhimpunan jalanan itu haram.
Kita ni negara DEMOKRASI, bukan DEMONSTRASI !!.

Alhamdulillah, kalau mufti selantang itu kan bagus perhimpunan HARAM takkan ada.
Takkan ada perhimpunan menonton konsert-konsert yang melalaikan (eh....perhimpunan ni termasuk ke?? xpernah dengar pulak fatwa pasal ni)
Maka saya sokong demonstrasi jalanan membawa kerugian masa mahupun material.
Tapi....(tapi...tapi...)
Macam la sekalian demonstran tu suka-suki buat begitu, penganggur pun tak sanggup.

Siapa yang salah akta ke bantahan???
Saya sokong ISA!!
Kenapa??
  1. ISA diperkenalkan oleh tetamu kehormat kita, bagi menangani kegiatan subversif komunis di Tanah Melayu.Namun atas sebab-sebab yang munasabah ia dikekalkan(munasabah itu subjektif mengikut interpretasi masing-masing)
  2. Kem Guantanamao akan ditutup kerana suspek ditahan tanpa bicara, kalau kem tu ditutup siapa nak warisi??.
  3. ISA juga penting bagi menangani musuh dalam selimut, sebab musuh dalam selimut tak nampak kecuali diangkat selimut.
Tapi sayang......bagi saya alasan itu tertolak.Walaupun nak menolak itu terasa berat(takut komunis datang lagi!!)
Saya cuba mengaitkan isu sekarang dengan masa lalu ketika Baginda S.A.W hidup.
Jika kita meneliti sirah Nabi S.A.W, kita akan dapati baginda tidak pernah menggunakan pendekatan seperti ini.
Jika dikatakan pendekatan ini turut diguna-pakai kebanyakan negara lain dalam era moden ini,
maka kita perlu jelas apakah orientasi penilaian kita, majoriti?? kuasa veto?? dan sebagainya atau nabi S.A.W??
Saya sorotkan sedikit apa yang dibincangkan dalam riyadus salihin imam Nawawi yang disyarah oleh Ust Salman Maskuri.
  1. Yang pertama, dalam bab taubat. Dimana Ka'ab bin Malik r.a menceritakan dalam hadis yang panjang, tentang dirinya yang tidak menyertai perang Tabuk tanpa uzur.Walhal beliau mampu dari segi material dan fizikal melebihi orang lain.Maka setelah perang tamat dan orang yang cicir menyertai perang menemui Nabi S.A.W untuk memberi penjelasan.Maka Ka'ab ingin beralasan dan jika dia beralasan dan berhujah dia pasti akan menang kerana beliau sememangnya berbakat dalam berjadal(berhujah) namun beliau berkata benar,begitu juga 2 orang lagi sahabat iaitu Murarah bin Rabi' Al-'amriy dan Hilal bin Umayyah Al-waqifiy. Mereka dihukum pulau, sedang orang lain sama ada uzur ataupun orang munafik yang beralasan. Namun Nabi S.A.W mengiyakan sahaja sesiapa yang memberi alasan(Nabi tidak meragui apa yang dikatakan kepadanya). Sedangkan orang munafik ini bahayanya sehingga duduk di dasar neraka!!
  2. Yang kedua dalam bab menjalankan hukuman kepada manusia berdasarkan yang zahir dan menyerahkan yang rahsia(tersembunyi) kepada ALLAH ta'ala. Usamah bin Zaid bercerita ketikaa Nabi S.A.W mengutus mereka memerangi kaum Juhaynah, beliau dan seorang sahabat ansar mengepung seorang lelaki tatkala itu lelaki itupun mengucap syahadah. Sahabat ansar tadi diam, maka Usamah r.a. menombak dan lelaki tadi mati. Apabila diceritakan kepada Baginda S.A.W, baginda marah dan mengulangi pertanyaannya sama ada beliau membunuhnya selepas dia mengucap. Dalam riwayat yang lain Nabi berkata "mengapa tidak dikeluarkan hatinya agar kau tahu dia berkata benar atau tidak".
Maka, siapa yang punya mata ini adalah yang dibuat baginda S.A.W. Tapi jika mahu terus menutup mata terserah.
Prinsip "nahnu nahkum bizzawahir wa nada'u assa'air ilAllah"(kami menghukum berdasarkan yang zahir, dan kami tinggalkan yang tersembunyi kepada ALLAH) ini yang diajar baginda S.A.W.

Tak cukupkah tangisan anak-anak yang dahagakan kasih bapa,
Tak cukupkah air mata ibu-ibu yang seolahnya balu mengelola keluarga,
Perlukah air mata mereka ditadah buat menyiram dakwat akta ini??
Dan paling penting, tak cukupkah menyerahkan masalah yang tidak kita ketahui kepada ALLAH(kata yakin pada ALLAH??).
Mungkin mereka yang ingin memelihara akta ini sudah punya jawapan dimahkamah Tuhan kelak, kita yang tidak mampu menjawab kelak jangan turut serta.
Cukuplah dosa-dosa kita kepada Tuhan saat demi saat, hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun hingga kita dijemput.Kelak jenuh kita hendak memohon maaf di mahsyar kepada mereka yang teraniaya(ke ade yg prepare GPS masa tu??...terserah).


wallahua'lam.


Label:

Lembaran Baru

Bismillah,

Sedar tak sedar hari ini kita melangkah masuk nisfu Syaaban.
Sebaiknya pd mlm ini kita memohon maaf kepada kenalan-kenalan andai ada kesilapan yang sengaja ataupun terrrr....

Semoga dosa-dosa kita yang lalu diampunkan oleh Allah ta'ala dan diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang akan datang dengan lebih baik.
Buku amalan lama telah ditutup, maka sewajarnya sebagai seorang mukmin kita perlu mengambil inisiatif agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Walaupun hanya selangkah menuju Ramadhan, janganlah kita lalai beramal kerana hanya melihat Ramadhan sedangkan Syaaban disia-siakan(ni kena muka sendiri nih~ ).

Jika lembaran baru maka diharap agar ia menjadi suatu turning point bagi diri kita berubah menjadi lebih baik.
Jika telah melakukan seperti yang dituntut, semoga ia menjadi momentum untuk terus istiqamah kerana hati itu sememangnya berubah-ubah.
adakalanya nasyat dan futur. Maka mohonlah kepadanya agar ditetapkan hati dengan Islam.

"Ya ALLAH bantulah aku mengingatiMU,dan mensyukuri nikmat-nikmatMU dan mengamalkan sebaik-baik ibadah kepadaMU"

Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan hingga ke penghujungnya.
Sekian~

*untuk maklumat detail ttg bulan Syaaban boleh klik link Ust Salman http://akhisalman.blogspot.com/2009/07/bulan-rejab.html =)


Label:

Gambar menarik~

Masa KOMSAS '09 hari tu,
anasir 'jumper' telah menular....dan menyebabkan beberapa fenomena alam luar biasa(termasuklah meloncat2 kat kubur....jabal mauta....)huhu
Dan ini gamba yang baru dikesan kamera kami(kunun2 ayat seekers)

Fenomena ini berterusan selama 800saat 8detik setengah.

Tak sangka betul Farhan ada bakat tersembunyi.....
Nk try ??! Jom pergi kelas Imam Nawawi, kita beramal dengan zikir dlm kitab Azkar... :D

**to pehe:sori han gamba kw gno gamba demo......haha

Label:

JUDULNYA:Post tidak berDUJUL.......


Bismillah,
post ini juga telah basi...tapi saya tetap ingin postkan.
:)

Ini cerita tentang KOMSAS '09 pula.Atau nama inggerisnya Kembara Matruh-Siwa 09, mana huruf 'O' janganlah kamu menanyakan sama saya.

Perjalanan ke Matruh tak jauh sangat lebih kurang 600 km dari Mansurah, durasi lebih kurang 7 jam KOT....
Kalau kt Malaysia sama dengan perjalanan....hemm, anda tentukan lah sendiri.
Siwa pula tambah lagi 300 km, lebih kurang Selangor ke Johor KOT...
Perjalanan yang jauh tu agak memenatkan dan yang boleh dibuat tengok ke luar tingkap sambil berfikir(ke termenung??...entah) ataupun tidur.

Matruh kawasannya dikelilingi pantai-pantai yang lawa dan cantik.Bayu dia pon pehh!!!
walaupun summer tak perlu kipas-kipas ni, tapi hati-hati kalau tidur tuh bahaya!!!
takut terlajak :)
Siwa pula kawasan oasis, tanaman utamanya zaitun yang sedap dan kurma yang sedap.
Memang jelas kelihatan perbezaan hidupan sebelum dan selapas memasuki kawasan Siwa.
Padang pasiaq lepas tu masuk kawasan tanaman!!!
Saya tertarik dengan Imam kawasan tu yang bagi penerangan tentang Siwa, kerana Siwa merupakan salah satu tanda kekuasaanNya bagaimana kawasan yang kontang dihidupkan dengan tanaman-tanaman(Siwa memang betul2 panas!!).

Okeh...macam biasa, jom tengok gambau~


mereka sedang melarikan diri dr ombak tsunami~ahaha

Pantai ni taklah secantik PCB...hehe~

Masa ni semua muka kontrol, cuak 0wh kalau jatuh.


ni kat Ma'bad Alexander da Great

tak dapat dipastikan apakah mereka bertiga sedang lakukan

**Alhamdulillah kami dapat balik dengan selamat, tak kurang atau terlebih orang.
Walaupun drama menyelamat tebusan terjadi...(org nk lemas sebenarnya sbb ombak besar).
Kalau drama kehilangan.....huhu.


Label:

PERSIS-salah satu permata yang mesti dikutip

Bismillah,

Seminar Perubatan Islam Mansurah ni sebenarnya dah lama berlangsung, cuma baru sekarang nak di post...
Post ni cuma sekadar untuk meningkatkan minat kepada kawan-kawan lain untuk terus meminati perbincangan ilmiah.
Bagi yang ada halangan pada hari tersebut, nampaknya Allah tak mengizinkan nak buat macam mana(tapi tetap kerugian..hihi) pasti ada perancangan lain untuk anda~CAK!!.

Bagi yang tak menghadirkan jiwa dan raga sebab malas tu, alangkah ruginya....rugi kuasa lapan~
Sebab perbincangan banyak berkisar tentang apa yang dihadapi oleh seorang doktor mahupun Azhari yang akan jadi tempat pesakit bertanya.
Perbincangan kali ini masih menjelaskan tentang ibadah pesakit khususnya solat, puasa, dan bersuci.

Kepada rakan-rakan yang tak berkesempatan, antara persoalan yang ditimbulkan seperti penggunaan ubat asma(nebulizer), suntikan Intra venous, ubat titik mata dan telinga, hemodialisis dan sebagainya dalam keadaan orang yang berpuasa.Tentang bersuci bagi orang yang berpanjangan dalam keadaan hadas seperti istihadah(darah kotor yang keluar diluar waktu haid normal), org yang kencing tidak terkawal(sama ada kerana sakit atau menggunakan tiub).Dan banyak lagi(kena beli buku tu...)

dan panel yang mengupas persoalan tersebut adalah Ust Md Nadzrul Bin Md Nasir, Ust Salman Maskuri, dan Ust Syed Abd Kadir bin Syed Hussin Aljofree.Tok guru yang tak asing dikalangan pelajar-pelajar Malaysia Mesir.

Antara perkara yang menarik minat saya adalah penjelasan Ust Syed Kadir apabila ditanya, kitab apa yang perlu dirujuk jika hendak mengetahui sesuatu hukum, beliau menjelaskan bahawa jika dalam perubatan 'every patient is unique' maka begitu juga dalam hukum-hakam, ia perlukan penelitian dan justifikasi sesuatu masalah itu tidak 'monotonous' atau flat bagi setiap orang. Maka disinilah peranan ulama' atau orang yang fakih tentang hukum-hakam.
(Jika hanya dengan merujuk kitab bawwab(penjaga pintu) lagi 'alim katanya.....haha)

Masalah talfik(menggunakan pendapat imam-imam lain yang lebih rajih atau pendapat jumhur) juga turut dijelaskan ust Nadzrul dan ini sangat membantu saya dalam memahami masalah ibadah pesakit mahupun perkara-perkara lain.
Kebanyakan ulama' melarang(mengharamkan) talfik tetapi ada sebahagian yang membenarkan.
Di sini ada khilaf.
Iaitu ulama' yang mengharuskan talfik menggariskan beberapa perkara jika hendak talfik:
  1. Mestilah berilmu(dalam apa jua masalah nombor satu mestilah berilmu).
  2. Hanya melibatkan feqah sahaja dan masalah muamalat dan ibadah(bab munakahat adalah diharamkan talfik), bukan dalam masalah tauhid seperti mu'tazilah, syiah dsb ini disepakati.
  3. Jika ulama' dari mazhab yang ditalfik itu menilai sesuatu ibadah contohnya, kedua-dua mazhab membenarkan(ibadah itu sah) ibadah tersebut maka itu dibolehkan,Jika kedua-dua mengatakan tidak sah, maka dilarang talfik.

Khulasahnya, apa pun masalahnya yang paling penting ialah berguru.Jika tiada ilmu kena mengaji, jika kita mempelajari mazhab imam Syafie dan mengamalkan beserta sunat-sunatnya maka ia sudah memadai(dalam bab wudhuk contohnya ia merangkumi mazhab lain).
Keluar dari khilaf itu lebih utama.
Jika terdapat masalah atau kemusykilan,jumpalah atau bertanya kepada syeikh atau orang yang fakih.

Jika ada kesilapan harap dibetulkan.

Selayang pandang PERSIS.

Rajinnya...sape pekerja dewan??

CAK!!

Peserta PERSIS tetap fokus walaupun terpaksa bersila

Senyuman seorang Naqib(namanya Naqib...haha)

Pengerusi DPMM Ust Amin yang banyak membantu menjayakan PERSIS

Dari kiri:Ust Syed Kadir,Ust Nadzrul,Ust Salman dan saudara Muaz



Label:

Soal Hati

Bismillah dan salam semua,
Soal hati??
Apa ni,tiba-tiba post soal hati ni....saya jatuh cinta agaknya.
Bukan ini yang nak dipost sebenarnya.Cuma sedikit perkongsian bersama kawan-kawan yang membaca post yang tak seberapa ini.

Hidup manusia ini telah ditentukan ajal masing-masing,suatu kepastian.
Dan kehidupan ini sangat singkat,kita melihat masa yang lalu seperti sekelip mata yang lalu.
Maka,jika kita teliti hidup kita, kita akan dapati kehidupan ini penuh dengan 'kebetulan-kebetulan' yang kadang-kadang mengajar hati kita supaya lebih sabar, lebih tabah, lebih berhati-hati dan paling penting menjadi lebih takut dan tunduk.
Apalah ertinya hati, tapi sangat keras hingga tak mampu lagi menangisi dosa dan kematian yang menanti.
Sedangkan orang beriman itu, jika disebut nama ALLAH akan gentar hatinya dan bertambah keimanan.

Tapi hati yang dalam diri kita ini bukan milik mutlak kita,ALLAH yang berkuasa mutlak terhadap hati-hati kita.
Sebab itulah kita mesti sentiasa berdoa agar ditetapkan hati dalam mentaati ALLAH dan dalam beragama.hatta hati kita pun bukan milik kita.....apa lagi yang milik orang.Jadi usah disibukkan diri menyambar hati-hati manusia.
Kerana ia akan jadi seperti mengejar bayang-bayang....kita mengejar hingga matahari tenggelam dan sambung kembali keesokan harinya.Sia-sia.

Tapi kadang-kadang, kita terlepas pandang perkara yg nampak mudah..tapi punyai impak yang besar.
Kita TERLALU cepat membuat penilaian terhadap hati seseorang, sedangkan kita tak boleh melihat hatinya.Betul atau tidak belum jadi soalnya, soalnya kelayakan kita menghukum hati seseorang.....
LAYAKKAH KITA??
Kita hanya mampu melihat yang zahir, jangan hukum melainkan apa yang memang telah zahir dan dipastikan.
Kerana apabila anda menghukum hati seseorang anda baru sahaja menjadi si pekak yang menjadi hakim yang mendengar hujah.
Jangan lah menghukum yang anda tak tahu sebab pasti ada yang menjadi mangsa disitu.....

**dipost oleh insan yang sering tersilap.

Label:

Sebutir Bintang diPersada Dunia Terpadam

Bismillah,
Dunia Islam dirundung kesedihan tatkala berita kewafatan Syeikh Dr Fathi Yakan disahkan oleh wakil pejabat beliau.
Pemergiannya amat dirasai dunia Islam,kehilangannya ditangisi.
Semoga ruhnya ditempatkan bersama para solihin dan aulia' sebagai sebaik-baik teman.
Ini mengingatkan saya pada pesanan seorang teman tentang pemergian orang yang kita kasihi,
"Kesatlah air matamu itu dan titipkan doa untuknya"
Ketokohan beliau wajar diambil iktibar,usaha yang gigih itu perlu disambung.
-Innalillah wa inna ilaihi raaji'un.-

Label:

"Turn Back The Pendulum"Hilangnya seorang teman.

Jam 2246
Panggilan dari seorang sahabat yg bertanya tentang berita.

Azizan:salam,tengah buat apa?? ada dapat berita dari Kaherah?
Saya:takde pulak,kenapa?
Azizan:Ada kawan kita di Kaherah eksiden

Saya:siapa?!
Azizan:Ammar
Saya:ammar macam mana??

Diam sekejap.sepatah-sepatah diberitahu buat berdebar.
Azizan:Ammar koma
Saya:umm....
Tiada jawapan lain nk diucap.

Azizan:Nanti bgtau blk
Saya:umm...
Azizan:ok,salam.

Terbayang muka Ammar tahun 3 Universiti Cairo,"Mudah-mudahan semua ok"
Teringat status ym nya "cmon amar,cmon"
Tak tahu siapa yg patut dihubungi.....Zubair tak angkat telefon dia.
Taufiq kut...terus saya cal nombornya.

Saya:Taufiq da dgr??

Taufiq:baru dapat berita lagi

Saya:apa perkembangannya??

Taufiq:tadi Umar hantar mesej.....Ammar dah takde,pastu mesej pulak, dia kata yang tu maklumat polis.

(masih ada harapan silap!!)
Saya:Umm,mudah-mudahan selamat.
Taufiq:hemm....doakan.

Mesej pemergian Ammar di forward...ini belum pasti,takpe masih ada harapan.
Masih menunggu berita....
Teringat raya korban,Ammar kata tak pernah sembelih binatang.Tapi hari ni sembelih qaruf.
Wah.....terus level tinggi.Ya ALLAH mudah-mudahan Ammar selamat.
Sport day....."jangan lupa copy gamba main galah panjang tadi"kata Ammar.
"Gamba duk melompat...hehe"
Teringat makan sekali,sembang sekali....
Ammar ok ni!!

Sampailah....
Mesej masuk:

"askm,Al-fatihah buat saudara Ammar yg meninggal dalam kemalangan maghrib td.Doakan ruhnya dimasukkan kedalam syurga bersama solihin,amin.wslm"

Hanya tarji' yg keluar.... "Innalillah"
Mesej ym pun menyampaikan berita yang sama.....inilah ketentuanNya.

"salam...makluman...5 orang sahabat kita MEDIC KAHERAH yang terlibat kemalangan maghrib tadi..kecederaan kritikal..doa2kan keselamatan dan kesihatan mereka..sorang sudah meninggal..amar zulkifli dari penang..medic yang kemalangan tadi...alfatihah..sebarkan"

Cairo ke Fisio???
Biarlah ditentukan esok hari,tenang dulu hari ni.
Mudah-mudahan keluarganya dimudahkan dengan urusan ini.
"Ya ALLAH masukkan kami ke syurga bersama"


Klip ini saya dedikasikan buat Ammar Zulkifli......semoga dirahmati ALLAH sahabatku.




Ini juga peringatan agar sentiasa bersiap dengan kematian yang akan datang bila-bila,dan mungkin SELEPAS INI SAYA ATAU ANDA.

Label:

Kawan makan kawan??

Bismillah,
Salam motivasi buat sahabat-sahabat se-Mansurah yg masih dalam fatrah imtihan.
Semoga tiada yang 'keracunan exam',biasala kalau ada yang sakit-sakit perut kencing tak lawaslah macam-macam.

Post kali ni 'Kawan Makan Kawan'.
Macam baru kena 'makan' je tiba-tiba post tajuk ni kan.Tapi sebenarnya tiada kaitan dengan yang dimakan mahu pun yang memakan.
Kalau nk cerita tentang tajuk ni memang sampai tahun enam nanti pun tak sudah.Cuma saya nk mengajak anda untuk melihat perkara ini dari persepsi berbeza sedikit.

Namanya makan,tapi ada ke makan yang lain?!
Hemm...mestila ada,cuma selalu kita tak perasan.Kadang-kadang kita makan kawan kita sendiri.

Tergamak ke kita nak buat macam tu?!
Mungkin kalau kawan kita kena hentam kitalah yang jd back up,sampai bergasak pun tak kisah....
Katanya:"membe punya pasal,xde hal lah!!"
Ayat dah macam kawan sejati.

Habis tu apa masalahnya?!
Masalahnya bila kawan kita langgar hak Tuhan kita...
Kita biar je,kita terlalu melihat yang zahir sahaja.Sedangkan keselamatan dan air muka di akhirat lebih utama.
Kadang-kadang kita tiada kekuatan untuk menyuarakan kebenaran itu sebab kita lebih menjaga hati manusia...ruginya.
Kesilapan dalam mentafsir semangat setiakawan,skopnya berdasarkan pandangan diri sendiri yang lemah.Jika dimuhasabah kembali,lazimnya situasi sebegini terjadi kerana tujuan menjalin persahabatan yang tidak utuh.

Apa tujuan yang utuh itu?!
Tidak lain dan tidak bukan mencari redhaNya,bukan kerana rakan sekolah,rakan sepermainan semata.Tidak dinafikan itu adalah katalis dalam meningkatkan kenalan,tapi bukan 'main reaction'nya.

Jadi tegurlah rakan anda yg melakukan kesilapan jika anda betul-betul temannya,kalau marahkan teman anda jangan melebihi 3 hari tidak bertegur.
Dan jika berlaku begitu dikalangan rakan anda,masa untuk bertindak.

*Yang post ni manusia juga,kalau silap tegur yea

Label:

Selamat Hari Ibu

Bismillah,
Selamat Hari Ibu kepada para ibu-ibu sekalian.Sama ada yang bakal ataupun telah menjadi ibu pon takpe la yea.
Pada awalnya saya pun musykil juga bila masa sampai ke sini,Mesir dah sambut hari ibu.
Bila difikir-fikir ni baru bulan berapa(tak ingat juga bulan berapa...haha) kenapa sambut hari ibu masa ni?!
Saya ingat kedai tu saja buat gimik nk jual hadiah untuk ibu,tapi banyak pula kedai yg buat macam tu.
Dalam kemasyghulan saya tu,tiba dapat IM(mesej segera) dari seorang kawan di Zagzig,dia bertanya "Bila hari ibu sebenarnya?!"
Hah!! konfem bkn gimik murahan kedai-kedai hadiah tu(haha...gelak dalam hati),jadi setelah selidik punya selidik.....
Rupa-rupanya orang malaysia dan Mesir dari dunia berbeza...cewah,hari ibu dirayakan berbeza-beza mengikut negara.Bagi negara kita hari Ahad kedua dalam bulan Mei,Ahad ketiga bulan Jun Hari Bapa pula........eh terasa excited pula.

Dan yg menariknya,Monggolia satu-satunya negara yg merayakan hari ibu dua kali setahun,ini patut dicontohi negara-negara lain terutama Malaysia yg ternyata kurang hari cuti,wajar diberi cuti pada hari tersebut........

Apa pun selamat Hari Ibu khususnya ibu saya,dan kepada ibu-ibu orang lain dan bakal-bakal ibu,bakal ibu anak saya(haha).



" Selamat Hari Ibu kepada ibuku tercinta"




Label:

Final Blast.......

Akhirnya peperiksaan akhir akan ditempuhi oleh para mahasiswa/wi Mansurah khususnya tahun satu.
Setelah bulan dan minggu kritikal yg ditempuhi mengubah seseorang kepada perangai pelik dan sebagainya diharap peperiksaan kali ini dapat ditempuhi dengan jayanya.

Apapun macam biasalah,exam tu exam juga tanggungjawab kepada Tuhan dan sesama insan janganlah diabaikan kerna semua akan menempuh peperiksaan bukan kita sahaja.Maka bagi siapa yg mampu memudahkan urusan teman-teman yg lain,sewajarnya memBANTU meringankan kerja bukan memBATU.

Kepada semua rakan dan taulannjauh mahupun dekat,telah habis exam atau belum,semoga apa yg telah atau akan ditempuhi ini dimudahkan dan paling penting diredhai Illahi.
Juga jangan lupa 'exam' sebenar yg mana masa 'exam' itu boleh tamat bila-bila masa.
Jawapan itu ditulis setiap saat,semoga peperiksaan dunia ini menjadi jambatan peperiksaan akhirat bagi mendapat redha Illahi.

**Maat taufiq wannajah fil imtihan~

Label:

Apa pendapat anda?

Bismillah,
salam kasih sekali lagi,saya tiada sebarang post yg ingin diutarakan pada kali ini.
Cumanya saya inginkan pendapat dari rakan-rakan semua mengenai satu perkara,persoalan ini terdetik setelah saya bersembang dengan seorang klasmate melalui ym tak lama dulu.

Rakan yang saya maksudkan itu sekarang ini menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Dalam perbualan kami,saya tanyakan beliau bagaimana beliau menguruskan masa dengan rutin yg begitu padat dan meletihkan,kerana sebelum ini saya pernah berbual dengan seorang pegawai kadet universiti yg sama dan beliau mengeluh dengan apa yg berlaku,namun saya tidak begitu tertarik dengan apa yg beliau perkatakan kerana beliau pegawai kadet navy,beliau menyalahkan pengurusan universiti yg diterajui pegawai tentera darat.
Maka saya tanyakan rakan saya yg juga pegawai kadet army,saya agak terkejut kerana beliau lebih 'jujur' memberitahu isi hatinya.
Menurut beliau ramai calon yg menarik diri setelah dua tahun dalam institusi,walaupun prosedur menarik diri adalah sukar,namun kerana tidak tahan mereka terpaksa.

Apa yg menarik perhatian saya ialah,beliau katakan pada saya bahawa pemikiran anggota tentera masih lagi tidak maju,iaitu masih berfikir seperti tentera zaman British.
Seorang graduat kejuruteraan boleh mencampakkan sijil beliau setelah menyertai servis anggota regular askar melayu,bermakna kemahirannya tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Jika ini berlaku, kita benar-benar kerugian yg besar.Kerana ilmu anggota yg ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Apa pendapat anda,terutama jika ada saudara terdekat atau kenalan anda yg menyertai servis tentera?
Apakah pendapat anda tentang profesion mereka?

Label:

Setiap Nikmat Itu.......

Bismillah.
Salam semua,baru-baru ni seorang rakan saya Faisal, telah diserang sakit mata baru-baru ini,katanya terasa mencucuk-cucuk belakang bola matanya dan orang yg melihat pun boleh melihat beliau menahan sakit yg dalam.
Beliau yg kebetulan memakai kanta sentuh dipercayai terkena infeksi akibat partikel debu yg terlekat pada kanta sentuh menurut doktor yg ditemui,setakat yg saya tahu 3 buah hospital telah dikunjungi dan diberi ubat cecair mata dan ubat penahan sakit
.
Apa yg dirisaukan adalah jika terlambat melarat pula,akhirnya beliau ke hospital swasta untuk pemeriksaan dan pemeriksaan MRI mendapati ia berpunca thrombosis pada vena mata menyebabkan darah tersekat.
Dan alhamdullillah beliau beransur baik setelah diberi aspirin untuk mencairkan thrombosis tersebut.
Dari penerangan rumetnya berdasarkan penjelasan doktor,gaya hidup yg kurang sesuai mungkin salah satu faktor perkara ini berlaku.
Alhamdulillah kerana tiada sebarang penyakit atau infeksi yg serius berlaku,juga doa teman-teman kepada beliau amatlah dihargai.

Di sini saya ingin mengajak teman-teman melihat keadaan ini dari sudut sebagai hamba yg memang fakir dan dhaif kepada ALLAH.
Semua nikmat yg kita rasai adalah pinjaman dari ALLAH dan ALLAH berhak menariknya bila-bila masa.
Justeru itu:

1-"Sejauh manakah ia dipergunakan sebagai modal untuk kembali kepada Pencipta?"

2-"Sejauh manakah kita mensyukuri setiap nimat-nikmat tersebut?"
3-"Adakah kita merasai ia suatu nikmat,atau setelah kehilangan nikmat tersebut baru kita
merasainya?"


**Kpd saudara faisal yg juga housmate saya dulu,sakit itu sebagai tanda sayang ALLAH kpd kita.
mungkin kita terlupa maka ALLAH ingatkan,mungkin kita berdosa ALLAH ingin ampunkan,juga iktibar kpd rakan lain.
Juga refleksi buat diri saya.

Label:

Majlis Doa Selamat Di Blok A.

Bismillah,
Hemm...post ni agk ketinggalan sedikit dari masa yg sepatutnya,tapi apakan daya.......
Hari sabtu minggu lepas telah dilangsungkan majlis doa selamat sempena imtihan yg akan menjelang khususnya bagi pelajar first year, maka ada dari kalangan pelajar tahun pertama sendiri yang sukarela untuk menjayakan majlis ini.

Objektif utama majlis ini ialah, mendoakan kejayaan bagi para pelajar-pelajar,memupuk kasih sayang dikalangan saudara muslim,dan secara tak langsung majlis perpisahan bagi penghuni blok A yg akan mencari rumah masing-masing.

Majlis tersebut telah menjemput AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah(PCM) dan wakil unit hisbah,serta yg disegani Ust Salman Maskuri yg mengepalai majlis doa selamat.

Sebelum itu,saudara Muaz mewakili pelajar tahun pertama telah diberi peluang memberi sepatah dua kata mewakili rakan-rakan lain.Antara yg ditekankan dalam ucapan beliau adalah kepentingan membetulkan niat sebagai pelajar muslim yg mesti ikhlas kernaNYA,juga hubungan kepada empunya alam ini dan sesama rakan-taulan disini.Kerna walaupun gelombang peperiksaan melanda para pelajar,tanggungjawab kepada Tuhan dan rakan tidak boleh dilupakan.Waktu solat mesti dijaga,jadual memasak perlu berjalan seperti sedia-kala dan perlu bergaul dengan masyarakat.

Kemudian saudara pengerusi PCM pula menekankan mengenai ukhwah yg perlu dipupuk dan dijaga,sebarang pertelingkahan hendaklah diselesaikan dengan harmoni dan sempena musim peperiksaaan perubahan kearah yg negatif hendaklah dijauhi.

Diakhir majlis tersebut Ust Salman telah memberi tazkirah mengenai 'peperiksaan' umat manusia ini yg telah bermula sejak baligh hinggalah tamat waktu peperiksaan yg berbeza mengikut umur masing-masing.
Antara yg disebutkan adalah,kita diberi 2 subjek sahaja dalam peperiksaan ini...Al-Qur'an dan As-Sunnah,para calon boleh meniru,tiada batas dewan peperiksaan,semua jawapan kita dicatat oleh malaikat yg raqib(mengawasi) dan 'atid(setia) setiap saat dan detik dicatat.
Dan semua itu berlangsung sehingga masa tamat,dan penjaga peperiksaan tak akan lewat atau awal walau sedetik menjemput calon yg tamat masanya.
Keputusan akan diberi dgn tangan kiri atau kanan,siapa yg dapat dr kiri celakalah dia dan siapa yg mendapat dr tgn kanan beruntung.

Kemudian majlis diteruskan dengan MAKAN.....
Dan inilah sorotan yg dapat dikongsi bersama:


Kerja-kerja mencucuk sate(tp macam nk makan)

Habis cucuk sate,bungkus nasi himpit pulak....usamah dan hadi sempat berposing dalam kekalutan tuh~hihi

Bergambar dgn tetamu,dr kiri:Nabil,Usamah,Arif,Pokwe,Izat hadi,Ust Salman,Izat Kamal,Muaz Hisbah,Dedi dan Ezam.

***Tetamu jemputan serta para hadirin.
***Jutaan penghargaan buat sukarelawan yg terlibat secara langsung dan tak langsung.
***Tuan rumah-rumah yg terlibat
***Tak lupa kpd rumah 'Condo Mini Catering' yg meminjamkan peralatan.






Label:

Muhasabah diri(1)

Salam perjuangan kawan2.......

Ni entri yg dah berapa lama entah.
Saya nk mengajak kita muhasabah diri kita masing-masing.Ni kesinambungan dr beberapa peristiwa yg melanda sahabat-sahabat saya yg di Mesir tak berapa lama dulu,da baru-baru ni kelas bersama Ust. Kadir masing-masing bercerita tentang pengalaman sebelum datang.Kebanyakannya,ada pengalaman pre- dan post- ke Mesir.

Ada yg kecewa bila da sampai,ada yg cabarannya boleh tahan kalau kena batang hidung sendiri....
Biasanya lepas satu,satu...kalau kena skali dua lagi parah.Hilang walet kemudian handset,kalau perit lagi hilang pasport.Kadang-kadang ujian ni buat kita terduduk seketika dan bertanya pada diri sendiri
"Kenapa aku?!"
"Kenapa cubaan ni terlalu berat?!"
Dengan keadaan yg terasing di perantauan cubaan yg kerap berlaku kepada rakan-rakan di Malaysia menjadi berat dengan keadaan di sini.Kadang kala karenah perkhidmatan awam yg memang menduga kesabaran,hinggakan orang tua yg ada darah tinggi boleh pengsan agaknya.
Perkataan Bukrah yg sedap di dengar tanda ada harapan,tapi kalau sampai 6,7 kali harapan tinggal harapan la jawapnya(visa mati dulu).
Itu baru di Mansurah,kalau kena ulang-alik kaherah-Mansurah.......'nikmat' dunia la namanya.
Apa pon yg penting kalau nk kira cubaan tu memang kena guna kalkulator,tak pon kena guna sempoa.

Itu cerita ujian,sampai nak hitung kena guna kalkulator.Macam mana pula dengan nikmat yg kita dapat tanpa had setiap hari,kita merasakan semua itu hak kita sehingga merasa sedih yg keterlaluan apabila suatu nikmat itu hilang dari genggaman.Sedangkan peribadi seorang muslim itu dia akan memuji ALLAH dan bersyukur bila diberi nikmat,dan memuji ALLAH dan bersabar bila diuji.
Adakah kita sudah melakukan sebegini?
Adakah kita mengucapkan Alhamdulillah bila mendapat kebaikan mahupun kesusahan?
Ini mungkin nampak enteng,tapi ia dipengaruhi oleh suatu yg amat besar.iaitu keimanan kepada qada' dan qadar khairihi wa syarrihi(baik dan buruk) kerana sebahagian manusia itu hanya beriman dengan takdir yg baik sahaja,mereka mengatakan ALLAH telah memuliakan mereka namun bila diuji mereka menjadi golongan yg disebut dalam qur'an.


"Adapun bila Rabbnya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Rabb-ku telah menghinakan aku"
(Al-fajr:16)

Berapakah nisbah kesenangan kepada kesusahan yg ALLAH beri kepada kita?
Kadang-kala perkataan yg meluncur dari mulut kita ini tidak difikir terlebih dahulu kesannya,sedangkan setiap apa yg diucap itu akan dipertanggungjawabkan kelak.
Sekadar nasihat untuk diri ini wallahua'lam.

Label:

Pernah dengar perkataan Al-wahnu??

MALAYSIA BOLEH!!!

Malaysia negara yg kerdil??
Gaza itu lebih kecil dari bandar Ipoh, Tapi orang yg mediaminya punyai hati2 gergasi.
Mengapa??
kerana mereka membenarkan apa yg diucap Kekasih kita s.a.w.
ketika mana baginda melalui satu kawasan dan melihat bangkai syah(kambing) ditepi jalan, maka baginda mengatakan bahawa dunia ini lebih hina dari bangkai tersebut(bukan hina seperti bangkai malah lebih dari itu).
Memang betul kita tidak boleh sekali2 bertindak terburu2 dibimbangi terjadi seperti di Syiria suatu ketika dahulu(waktu presiden al-asad). Tapi yg kita lakukan sekarang ialah amar ma'ruf dalam masa yg sama menyuburkan kemungkaran bukan nahi mungkar. Apakah lambakan hiburan yg keterlaluan itu dinamakan tarbiyah(pendidikan) untuk melahirkan generasi yg mampu mnyuarakan hak Islam??
Adakah jil Al-Qur'anul fariq yg dilahirkan Nabi s.a.w melalui AF, Raja Lawak, konsert2 mega, lesen2 kabaret & rumah judi??
Soalan ini tidak memerlukan jawapan dari sesiapa...


Saya teringat tentang filem Blackhawk Down dimana mengisahkan tentera elit US yg berjaya meloloskan diri di Somalia, peranan ATM dan pakistan diperkecil(sedangkan renjer mereka disapu habis dan ATM 3terkoban).Ini menunjukkan kekuatan itu bukan fizikal, tapi kita takut itu dan ini.........
Pertama kerana walaupun adanya OIC, ukhuwwah Islamiah itu wujud atau tidak??
Jika ukhuwwahnya organisasi semata-mata maka ibarat menunggu bulan jatuh ke ribalah jawabnya.
Kedua, apakah maksud belum bersedia itu??
Dimana yang belum bersedia itu...
Mengapa berlaku sedemikian??
Kita takut penangan dari Amerika??, takut hilang rumah, nyawa, sanak-saudara...
Memang lumrah orang yg menyatakan syahadah kemudian beristiqamah akan diuji.
Kita beriman juga tapi relaks je??
Maka seharusnya kita muhasabah kembali landasan yg mana kita berdiri sekarang ini.


Nabi s.a.w. pernah berpesan tentang kekhuatiran baginda akan penyakit hati yang akan menyerang umat Islam iaitu penyakit Al-wahnu maka baginda s.a.w. ditanya apakah
Al-wahnu itu??Baginda menjawab "iaitu CINTAKAN dunia dan BENCIKAN mati".
Kemenangan Islam itu dijanjikan ALLAH, dan ALLAH tidak akan memungkiri janji.Tapi apakah kita mahu menjadi mereka yg menanti tanpa bekerja.........
Iman bukanlah angan2 dan cita2 semata.



Haiya.............

Saya telah di tagged oleh Dr fatiyah a.k.a Nagib(lahjah mesir....haha3)
Kena double plak tu sbb xbuat ag 2 2.
soalan nya macam ni la....

Terms & Condition:

1. Take a recent CUTE photo of urself.

2. Don't change anything, edit or whatever.
3. Post that picture
4. Post this instruction with this pic.
5. Tag people as many as you want to do this.........




Next,
Dengan suka cita nak men'tag'
1.Din Tanjong(blog Rumah Papan)
2.Luqman Hensem
3.Che Det(boleh ke??...hihi)


**Soalan ni agk sush laa........(nk perkataan CUTE tu.....aduhh....xpenah org sebut kt saya,dan saya nk kata saya cute.....)
Tp buat2 cute jela......haha3
Gamba ni xcute pon,cuma ni agk kemas sebab rambut pendek(serius....soalan ni susah..!!!!)




ok,Tag seterusnya............apsal kne double ni?!


8 Random Fact About Me.

  1. Hobi terkini ialah memasak, sebab nk makan kena masak sendiri so, kene la rajin memasak kalau nk rajin makan.
  2. Ade cita2 nk join Kor Kesihatan lps grad nanti, tp takut dah xberkarat la pulak bila balik Malaysia(kt cni x exercise.....)
  3. Berat skrng ialah **kg, nak naikkan sampai 80kg......
  4. Teringin main skipping.
  5. Nak belikan hadiah untuk Umar sebab dia da masuk darjah satu.
  6. Sekarang ni tgh fikir nk masak ape untuk mak saya bila balik nt.
  7. Setakat ni negeri yg xpernah sampai kt Malaysia, Sabah.
  8. 11/11/11 ialah hari Jumaat.....................haa,cuba teka apa yg saya fikir?!

Label:

Kenapa berlaku krisis politik yg makin pelik??!

Lihatlah dengan mata hati, bukan sekadar mata.


Saat saya menulis post ini, Negaraku yg tercinta masih lagi bergelora dengan gelombang politik yg masih memukul.........
Isu ini jika diteliti dari perspektif politik Malaysia maka jawapan yg akan kita perolehi adalah............PENING.Jika situasi yang serabut, ia akan jd serabut kuasa dua.
Dari itu cuba kita perhati dari asal-usul permasalahan yang berlaku. Hakikat kemelut politik di Malaysia sekarang hanyalah furu'(cabang) walaupun ia sesuatu yang besar.

Saya ingin mengajak anda berfikir sejenak, hanya buat seketika.......tentang suatu perkara.
Iaitu, pada anda apakah punca sebenar masalah politik negara kita??
Sejak bila krisis politik Malaysia bermula??
Jawapannya ialah sejak dulu lagi kita dalam krisis politik, tapi kalau dari dulu, dulu ok je?!.
Ini kerana bezanya ia meruncing, itu sahaja. Anda dapat menangkap maksud saya??
Bagi umat Islam, selagi Daulah Islamiah belum tertegak selagi itulah kita dalam krisis politik.

Apakah cabaran utama ke arah itu?
Cabaran utama ke arah itu ialah umat Islam sendiri memberikan tasawwur(gambaran) islam yg tidak jelas dan tidak syumul(menyeluruh).Malah, ada dikalangan pemimpin yang mengaku Islam tapi memomokkan non-muslim dengan hukum ALLAH.
Hudud itu hak ALLAH dan disebut dengan jelas dalam Al-Qur'an.


Hatta pernah suatu ketika pada zaman Nabi s.a.w. seorang wanita dari golongan terhormat yang disabitkan dengan tuduhan mencuri, maka keluarganya meminta Usamah Bin Zaid untuk meminta keringanan dari Nabi s.a.w. Saat itu berubah air muka Nabi s.a.w. dengan permintaan tersebut lantas Nabi s.a.w. berkhutbah dan antaranya menyebutkan, jika Fatimah Binti Muhammad mencuri maka Nabi s.a.w. sendiri akan memotong tangannya.
Meminta agar hak ALLAH dikurangkan adalah tidak logik, apa lagi menolak untuk melaksanakannya.
Antara sebab tidak dilaksanakan hudud(hak Allah terhadap manusia) ini 'kononnya' tidak sesuai untuk senario masyarakat kita di Malaysia, belum masanya..........
Syariat ALLAH yang tidak sesuai dengan masyarakat atau kepala otak kita??(kalau kepala otak kita, maka iman kita perlu dimuhasabah kembali)
Belum masanya?? adakah bila matahari terbitnya dari barat baru tiba masanya??!

Politik negara kita terus dilanda badai............sedang rakyat yang susah terus dengan kejerihan mereka, remaja yang keciciran terus ketinggalan, pemimpin yang sanggup mewaqafkan diri mereka untuk Islam terus dicari...........

**Kosongkan hati dari mana2 fahaman politik seketika, ambil Al-Qur'an sebagai perlambagaan dan Nabi s.a.w sebagai contoh, fikirkan seketika............
Apa pendapat anda??



Label:

Followers

Azan

online Trafik