Baru-baru ini Tony Blair dalam ulasannya tentang pencerobohan Iraq mengatakan lebih kurang begini, "Walaupun Iraq tiada senjata pemusnah skala besar Britain tetap akan menyokong usaha Amerika menceroboh Iraq dan mereka akan mencari alasan lain yang menghalalkan pencerobohan tersebut". Kenyataan ini seperti seorang adik yang menurut abangnya....
Mengapakah Iraq diceroboh??
Negara mereka diperkosa oleh orang asing yang datang ke negara orang dan membunuh rakyat negara tersebut.
Mengapa Amerika dan sekutunya masuk ke Iraq??
AS maklum mengenai impak jika mereka menceroboh Iraq, sedangkan kempen di Afghanistan masih terus MERAGUT NYAWA anggota dan memakan BELANJA BESAR!!!
Dalam masa yang sama Korea Utara masih ada di utara(eh...??).
Jadi kenapa mereka beriya masuk ke Iraq??
Adakah benar-benar kerana senjata pemusnah, jika senjata pemusnah itu terlalu canggih sehingga BELUM DITEMUI apakah SEBAB-SEBAB LAIN yang mungkin AS dan sekutunya akan gunakan?
Adakah kerana Diktator Saddam, atau kurma, atau petroleum,atau lebihan duit negara mereka?
Sekiranya sebarang sebab akan dicari........
Jadi tiada pengecualian bagi negara Islam yang lain. Hari ini ada negara yang meminjamkan air base mereka untuk AS, esok lusa mungkin air base itulah yang kena hentam dengan misil.
(misil manusia xpa lg, kalau 'misil Allah'??! )
Saya teringat tentang cerita seorang pegawai yang namanya Mejar Kalam,
Beliau pergi berkursus di Afrika Selatan dan beliau bertemu dengan seorang saintis Pakistan yang menetap di Afrika Selatan. Beliau berkata, saintis tersebut seorang MUSLIM dan dengan kelebihan yang Allah beri beliau telah berjaya menghasilkan tidak kurang dari 12 jenis misil!!!
Tapi untuk AS~
Tentang kempen Iraq, mungkin anda boleh baca buku bertajuk "Hancurkan Islam dan Pemeluk-pemeluknya". Buku ini telah lama diterbitkan.....tapi jangan risau, anda tak terlambat kerana sejarah akan berulang........
(Ammu Husni masih kamceng ngn ammu Obama.....Mesir masih selamat, Selamatkah??)
Alhamdulillah segala puji dan syukur kehadratNya atas segala nikmat dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar nikmat.Dan selawat kepada junjungan mulia s.a.w.
Semoga Allah rahmati Muhammad Mus'ab.[walaupun kebanyakkan orang ada masalah nak sebut, MUS'AB!!!......kih3]
Semoga ada tempias-tempias berkat nama Mus'ab Bin Umair. Sahabat nabi s.a.w yang ketika mana zaman jahiliyyahnya bangsawan berharta, hidupnya mewah dan pakaiannya sutera,
demi memeluk Islam beliau r.a. sanggup meninggalkan semua kemewahan itu sehinggakan saat beliau syahid di medan Uhud, kain kafannya tidak mencukupi.
Bila ditutup kepala, terdedah hujung kaki, bila ditutup kaki, terdedah kepalanya.
Kita yang bukan hartawan pun tidak pernah begitu.
Semoga pertambahan usia kamu seiring dengan perubahan positif dalam diri.
Kalau ada tabiat yang kena tinggal tu....tinggal lah~hehee
Semakin jauh kita menapak usia, maka semakin dekatlah kita ke destinasi.
Tapi setiap manusia ada trek yang berbeza,
ada yang baru sedikit tapaknya......
tapi lebih awal sampai.
Ada yang telah jauh,
kadang-kadang begitu jauh............
tapi masih dipanjangkan usia.
lastly, sekadar peringatan~
Dan tahniah kepada sepupu saya Shahidah Muslimah Binti Roslan yang telah mendirikan 'rumah bertangga' dan keluarga.
Semoga lahir satu lagi famili beriman insyallah.
[Mak pulak xlama lagi........lalala, but not me........haha acah jek =) ].
Baarakallah fihuma wa jamma'a bainahuma rahmah....aminn.
Ini merupakan keratan akhbar Berita Harian yang bertarikh 22 November 2009,Ahad. Seorang bekas perokok yang terpaksa berkerusi roda kerana paru-parunya rosak di Los Angeles. Saman tersebut melibatkan kos perubatan lampau dan akan datang serta ganti rugi punitif berjumlah AS$300 juta. Lebih menarik lagi jumlah ini merupakan ganti rugi terbesar pernah diarahkan oleh mahkamah dan antara 8000 kes difailkan terhadap syarikat rokok. Ini adalah rentetan Mahkamah Agung Florida memutuskan perokok boleh menyaman syarikat rokok pada tahun 2006-Reuters. Saya berpendapat jika Malaysia juga wajar melaksanakan undang-undang ini malah, mungkin Kementerian Kesihatan juga boleh menyaman syarikat rokok. Kerana syrikat-syarikat rokok telah membantutkan usaha dan wang yang diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan, khususnya bagi perokok-perokok yang mula merokok sebelum kesedaran kepada umum tentang rokok diwar-warkan [Cumanya apa yang dikhuatirkan jika dilaksanakan ialah semakin ramai yang merokok kerana nak menang saman….hehe]. Malaysia juga seharusnya membenarkan mereka yang non-muslim yang ketagih arak dan judi untuk menyaman syarikat terbabit. Walaubagaimanapun, ini hanya bersifat sementara selagi hukum yang ditetapkan syariat Islam gagal kita implemenkan. *salah satu kesan rokok adalah emphysema,teringat saya kepada seseorang yang pernah mengalami emphysema.
Bismillah,
Salam aidil adha buat keluarga dan teman-teman khususnya yang berada di Mansurah yang permai nih...
Pertama sekali sebelum saya nak meneruskan entri ni, saya ingin mengucapkan selamat berkorban kepada ajk ADHA '09, MTC, JPC, ahli-ahli PCM dan tak lupa mereka yang tercalon bagi membarisi pimpinan PCM bagi sesi ini.
Okey.....kembali kepada persoalan asal(tanak crite pasal MTC ke??......belum lagi kut tgh sedih).
Kenaikan yuran bagi pelajar-pelajar yang baru mendaftar sesi ini sangat mendukacitakan ramai pihak khususnya pelajar yang terlibat secara langsung.
Disebalik keseronokan mereka yang menjadi pencalon dan perwakilan, ada dikalangan junior-junior yang masih dalam dilema.Tambahan lagi masalah dengan pihak tertentu.
Isu ini lebih memberi kesan kepada pelajar kursus pergigian dan farmasi. Kerana menurut mereka yang mengambil kursus farmasi, lebih baik sambung di Malaysia jika melihat struktur yuran sedia ada. Manakala pelajar pergigian pula, merasakan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan kurang memuaskan berbanding universiti-universiti lain.
Seorang kawan saya ada menceritakan tentang respon salah seorang pegawai universiti bila diajukan tentang masalah buku yang dikeluarkan jabatan universiti, lebih kurang dua kali ganda harga buku jabatan universiti lain. Berubah air muka pegawai berkenaan dan mengatakan ia soal kualiti kertas(banyak songeh plak korang ni...).Ada universiti lain yang dapat makanan percuma pada hari yang ditetapkan(ala-ala RMT kut), ada yang dapat buku percuma.......kita??!
bak kata pengacara 'Edisi Siasat' ntv7, "Ape ke jadahnya ini semua!!"(dia yang kata....bukan saya).
Mungkin pada masa akan datang, sayaberharap pihak universiti boleh memberi bantuan kepada pelajar Malaysia seperti khidmat wakil universiti bagi mempercepatkan urusan visa(nak mintak kasyfun natijah pun beruban menunggu....visa??!), proses mendapatkan kerneh a.k.a kad matrik dipercepatkan(boleh try naik tren nanti....hehe) dan kemudahan universiti seperti padang, dewan dan gelanggang sukan diberi rebat, kalau free pun lagi bagus.
Dah la kat luar ni banyak ancaman penipu.....
Mat kata, "nila nasib hidup kat tempat orang...hidup asik kena tipu"
(Kat negara sendiri kena tipu dengan 'orang sendiri' jugak!!.....hahaha. )
Jaulah untuk 'memperkenalkan' Mesir kepada para pelajar ke,(ini duk tayang slideshow sama pasal Mansurah, dulu kini dan selamanya tak berubah.....hahaha.)
**pehh...ini kalau terealisasi memang khayalan jadi kenyataan.
Jadi yang pertama, kita janganlah sibuk sangat macam mana nak hentam orang dalam MTC lebih baik tolong redakan kepeningan junior-junior ni. Sumbangkan gegendang telinga untuk diorang mengadu saja pun dah memadai. Nak mengadu dekat ibu bapa, ibu bapa dah sedia ada jauh.....nk kena beli voip(ape.....nk voip??! sila2).
Famili kat Malaysia pun ada hal lain juga. Jadi selain Saratoga tempat mengadu masalah, rumet(kalau rumet pon sengal??...redha jela), pada kawan-kawan senior la tempat nak kongsi.
Kepada yang bakal membarisi barisan depan PCM nanti, jangan lupa kawan-kawan kita yang dilanda masalah ni. Kalau tak dapat selesaikan masalah sedia ada ini, mungkin ada inisiatif bagi mengelakkan situasi seperti ini berulang.
WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon Tuesday kesal dengan keputusan Israel membina ratusan lagi rumah untuk pendatang Yahudi di Baitulmaqdis.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai menggugat usaha untuk mencari perdamaian.
“Setiausaha Agung kesal dengan keputusan Israel hari ini untuk memperluaskan penempatan Gilo yang dibina dalam wilayah Palestin yang diduduki Israel pada peperangan 1967,” kata jurucakap Ban.
Sambil menyifatkan penempatan itu sebagai haram, Ban merayu Israel menghormati komitmen untuk menghentikan aktiviti penempatan di bawah pelan damai yang diusahakan masyarakat antarabangsa untuk Israel dan Palestin.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Israel mengumumkan ia meluluskan pembinaan 900 unit kediaman di Baitulmaqdis Timur. - AFP
[Berita Harian-Khamis 19 November]
Sebelum itu Isael telah memberi 'saguhati' kepada penduduk Palestin sepeti yang dilaporkan AFP.
Israel menggunakan empat kali ganda air melebihi rakyat Palestin yang menggunakan purata 70 liter (16 gelen) sehari setiap orang, menurut laporan bertajuk Troubled Waters : Palestinians denied fair access to water.
Amnesty berkata 'ketidaksamarataan' itu lebih teruk lagi di sesetengah kawasan di Tebing Barat di mana penduduk penempatan Yahudi menggunakan sehingga 20 kali lebih air per kapita berbanding masyarakat berjiran Palestin yang hanya menggunakan 20 liter air per kapita sehari.
[Berita Harian-Khamis 29 Oktober]
Ini kisah mereka......dan kita??
Kita sedang memplot kisah kita sendiri dengan pertelingkahan, konflik dan segala macam isu yang tak berkesudahan.
Aduh pilunya.....bilalah bangunan yang kukuh itu akan tersergam.
Kenapalah bangunan itu sering retak??!
Kita adalah 'kataib'......jadi jangan mengacu senjata ke kepala sama sendiri.
Membentuk katibah itu sukar......tapi sukar lagi menyusun kataib dalam barisan yang rapi.
(**Esok GIT, Endokrin dan CNS....Ya Allah mudahkan)
Salam,
kepada kawan-kawan di Mansurah yang cukup syarat dan sifat sebagai anak Selangor.
Maka bolehlah mengisi borang Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) dan satu lagi borang Majlis Agama Islam Selangor(MAIS).
Borang BKASM L.E. 3.00 je, borang MAIS pulak FOC.
Apa faedah isi borang-borang ni??
Secara mudahnya untuk kebajikan pelajar-pelajar khususnya permohonan bantuan kewangan dan sebagainya.
Selain itu ia juga sebagai rujukan sekiranya ada masalah dengan permohonan pelajar tersebut, bagi mereka yang ada dalam rekod boleh dihubungi terus dan tak perlu menghubungi melalui orang lain.
Dah daftar Badan Kebajikan Anak Negeri lain??
Tiada masalah pun, cuma status keahlian adalah AHLI BERSEKUTU(bersekutu bertambah mutu....hehee).
Apa beza ber-SE-kutu ke, 2-kutu ke, boleh rujuk lepas ni.
Pasal zakat??
Insyallah pegawai HEP Selangor akan ke Mansurah dalam masa terdekat ni.
Dan insyallah maklumat akan disebar oleh UPP PCM.
Masa tu bolehlah nak tanya soalan macam-macam, 'duduk di Selangor 5tahun tu, kena berturut-turut ke tidak' dan soalan-soalan yang seangkatan macam ni.
[AJK BKASM pon penin nk jawab.....hehee ]
Result
Secara umumnya, pihak HEP mengumpul keputusan anak-anak Selangor untuk rekod.
Manakala mereka yang menerima bantuan, natijah perlu dihantar untuk bantuan pada tahun depan sama ada bantuan umum atau dermasiswa.
*buat masa ni borang belum cukup, bila dah ditambah nanti akan dimaklumkan semula.
apa pun boleh kontek terus:
USAMAH-011 691 2765 / some_ah313@y.c.
SITI UMAIRAH-011 283 6656
Lepas duduk-duduk sekejap dirumah lepas solat isya' ahli beyt lama,jiji datang umah.
"ni nk mintak tolong sikit tengok2 blok sekian2 ni sebab dengarnya...(xyah sambung)"
sebab iman saya yang lemah ni jadi tak berapa marah la.
Ahli 'beyt Castello' pon faham....lepas tu saya, ijat ngn udin pon keluar rumah nak ke Bujang perjumpaan BAKAN ganu kitee,
imran(model PCM) a.k.a ilan pon ikut gak tapi menuju tempat lain.
Masa lalu depan blok akhawat di suatu tempat tu(tempat xboleh habaq, malu syarie' tu), ada sorang student laki baru keluar dari blok tu, kat jalan depan blok ada lagi beberapa orang tengah terpacak tunggu kawan dia.
Mulanya kami tak tahu, jadi saya pon tanya la
"Dari blok ni ke??"
"aah"
Owh....lepas tu saya pon sound la tanpa soft skill seperti yang ubai duk sebut-sebut.
Budak tu wat muka plak kan, memang la yang menegur dia tu tak reti mana(orang kata tak berhikmah mana~huh).
Dalam hati ni....dalam hati jela,hehehe
"buat muka kerek plak....budak ni xtau ak front sapot knucle atas tar, apela sangat muka dia ni....ak bagi baru tau"
ilan pon bagi rasional nasihat saya tu, hah...baru korang tau aku ni prihatin ngan korang.Lepas ilan cakap tu kurang sikit panas hati ni.
Takpelah baru lagi diorang tak faham sangat, PCM pon tak kenal (jumud betul) kasian sama kamu....hehehe.
Siapa yang kena bagi mereka ni kenal PCM, mereka dan ahli keluarga mereka la yang kena promote.
Tiba-tiba rasa sedih pulak dengan post ni, bukan junior....tapi diri sendiri.
Astaghfirullah.
Salam mahabbah kepada kawan-kawan semua,
Gembira rasanya bila baru-baru ni berkesempatan menelefon beberapa orang kawan-kawan di Malaysia. Rindu pula rasanya kepada keluarga, kawan lama dan tanah air(nampak macam nak balik je...).Maaf kepada yang tak sempat (kredit tak sempat).
Malam musim dingin ni panjang, tapi masih tak boleh lelap. Biasanya mentelaah adalah dodoian paling berkesan, tapi tak beberapa berkesan pula kali ni.
Jadi saya pun ke dapur nak check kalau-kalau ada tikus, hemm....tikus takda~
Jadi saya pon buka peti ais cari makanan, tapi lepas tu masih tak boleh tidur.
Termenung-menung sendirian tu, saya pun flashback kembali beberapa perkara yang berlaku di Mesir ni.
Gema Aidilfitri PERUBATAN, masalah program pembacaan Kutub Sittah, masalah mahasiswa tibb Azhar Badan Kebajikan Anak Selangor Malaysia(BKASM) dan macam-macam lagi lah.
Dengarnya ada peserta Kutub Sittah yang terpaksa dirijek, tapi tak tahu detailnya.
Yang tak sempat semoga berpeluang lagi.
Kawan-kawan tibb Azhari BKASM semoga dimudahkan Allah taala.
Tapi saya teringat tentang satu perkara, setelah saya 'berjalan-jalan' di....(rahsia).
Terdetik semula mengenai forum yang diadakan oleh SPR Majlis Kebajikan Keluarga Kedah(MKKK) tak lama dulu, tajuknya begitu menarik, "Ledakan Ideologi Dikalangan Mahasiswa dan Masa Depan Negara", dua panel jemputan tidak hadir namun diskusi tetap rancak(asalnya enam panel tetapi empat sahaja yang hadir).
Cumanya bagi pendapat saya yang naif ini pada akhir forum fokus perbincangan agak tercapah dari tajuk dan perbincangan utama.
Namun banyak output yang dapat dikumpul(sebenarnya sikit je sebab tak bawa catatan),
memandangkan antara panel jemputan adalah alfadhil Ust Hairul Nizam dan alfadhil Ust Fawwaz.
Walaubagaimanapun, diakhir forum ketika sesi soal-jawab dibuka timbul satu persoalan dihati saya iaitu adakah 'IDEOLOGI' dan 'METODOLOGI'
1)Mempunyai erti yang sama dan sebahagian satu sama lain.
atau
2)Mempunyai pengertian yang tersendiri dan tidak mencerminkan satu sama lain.
Saya hanya sempat buka kamus poket Oxford Fajar, belum sempat nak buka advanced learners, apatah lagi kamus dewan yang lama tak dibelek dan di Malaysia!!.
Tapi jika ia mempunyai maksud yang kontekstual saya yang naif ini belum menjumpainya.
Kalau yang pertama maka......
kalau yang kedua maka...........
Apakah hubungan kedua-dua perkataan ini??!
yang pertama atau kedua, atau ada yang ketiga?!!
Zaman sekolah dulu kan senang, angkat tangan:
"Cikgu saya tak faham........"
p/s: Mungkin ada yang tak berapa faham post ni sebab memang kadang-kadang tak difahami~
ambilah masa untuk faham jap.....wallahu a'lam
Kalau belum, 25 syawal ni hari yang menarik nak mula puasa enam(haha.....)
Bagi yang last minute baru mula....hehee, mmg nikmat la kena 'ala tuul.
Habis tu Gema Aidilfitri jumaat ni??(redha dan pasrah jela....)
Post ni tak sepatutnya muncul tapi ia nak memunculkan diri juga.....~
Permulaan kali ini agak pahit kalau ditilik, namun permulaan itu jangan dijadikan penghabisan.Pasti akan datang suatu masa di mana kekecewaan akan mencuit hati kita.....
Bila melihat sahabat kita dilanda badai kecewa ni, maka sewajarnya seorang sahabat itu perlu memberi semangat terutama housemate(ni macam nak suruh housie sendiri bagi motivasi...hehee).
Lucu rasanya bila ke rumah mereka dan melihat gelagat ahli rumah tersebut......
Tak kiralah adik ke abang, semoga cemerlang.




)Post ini adalah sebahagian daripada artikel yang dari blog Ust Nazrul tentang haiwan, maka saya tertarik dengan post yang ini untuk dikongsi.
SINGA

Ini merupakan binatang yang terkenal.Singa mempunyai nama yang cukup banyak di dalam bahasa Arab. Ibn Khaluyah mengatakan bahawa nama singa menjangkau sehingga 500 nama.Antara nama-nama singa ialah al-Asad, Usamah, Baihas, Na’aj, Jaghdab,al-Harith,Haidarah,Dawwas, Ri’bal,Zufar(seperti nama seorang ulama bermazhab Hanafi),al-Sabu’, Dhargham,Dhaigham,Thaisar,al-Anbas,al-Ghadanfur, al-Farafisoh,al-Qaswarah dan lain-lain.
*Nama saintifiknya Panthera Leo(ehem2...)
Al-Imam Damiri mengatakan bahawa ini jelas menunjukkan singa merupakan haiwan yang sangat dihormati.Para hukama’ mengatakan “ Banyaknya nama pada seseorang tersebut, menjadi tanda bahawa si empunya nama merupakan seorang yang mulia”.
Apakah hukum memakan singa?
Al-Imam Syafie, Abu Hanifah , Ahmad bin Hanbal , Daud al-Zohiri dan jumhur para ulama radhiyallahu anhum mengatakan bahawa HARAM bagi seseorang memakan singa. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu mengatakan bahawa makruh hukumnya memakan singa.Perlu difahami, terkadang al-Imam Malik menggunakan perkataan makruh tetapi maksudnya adalah haram.Tetapi di dalam permasalahan ini para ulama Malikiyah telah menerangkan dengan lebih lanjut bahawa makruh di sini bermaksud tidak haram untuk dimakan.
Kenapa diharamkan memakan singa?
Al-Imam Mawardi mengatakan bahawa al-Imam Syafie rahimahullah mengharamkan untuk kita memakan singa kerana ianya memburu bintang menggunakan taringnya.
Nk tgk binatang lain?? buka blog Ust Nazrul =)
Salam ramadhan....rasanya tak berapa lambat lagi nk ucap ni.
Setelah lama terbiar akhirnya dapat juga curi-curi masuk blog ni....huh~
(masuk ni pon tak tau kne 'tembak' ke tak)
Tengah sibuk-sibuk stadi ni nak kena rehat gak kan...kan.....??
maka alkisahnya saya pon berjalan-jalan menengok-nengok gambar orang Malaysia, tiba-tiba plak.....terdetik~
"kalau balik kampung sedap jugak ni"
aduh....tengok gambar seorang budak kecik yang bernama Fallah Irsyad, saya pon post la komen kt gambar tu(kt album my bro :) ),
"sape die ni? tak pernah nampak pon..."
Lepas tu terus nak recall siapa budak kicik kt kampung....siapa??
Otw nk ke kedai baru teringat......
Fallah tu anak sepupu saya....haha
Dia baru lahir sebelum datang sini, sekarang mestila da besar.
Teringat lak kat Hakimi, asik nak berkelek je Kimi nih. Kalau dukung senyap la die, suka pandang ke luar rumah nak mintak orang bawak jalan-jalan kt luar.
Apapun, 3,4 tahun lagi balik raya....
budak-budak kecik nih mesti kenal abg uda diorng.....kalau tak sorang-sorang kena sekeh.
=))
Kepada keluarga, sahabat handai, kawang-kawang.....Selamat berpuasa~
Semoga amal kita diterima Allah.
- ISA diperkenalkan oleh tetamu kehormat kita, bagi menangani kegiatan subversif komunis di Tanah Melayu.Namun atas sebab-sebab yang munasabah ia dikekalkan(munasabah itu subjektif mengikut interpretasi masing-masing)
- Kem Guantanamao akan ditutup kerana suspek ditahan tanpa bicara, kalau kem tu ditutup siapa nak warisi??.
- ISA juga penting bagi menangani musuh dalam selimut, sebab musuh dalam selimut tak nampak kecuali diangkat selimut.
- Yang pertama, dalam bab taubat. Dimana Ka'ab bin Malik r.a menceritakan dalam hadis yang panjang, tentang dirinya yang tidak menyertai perang Tabuk tanpa uzur.Walhal beliau mampu dari segi material dan fizikal melebihi orang lain.Maka setelah perang tamat dan orang yang cicir menyertai perang menemui Nabi S.A.W untuk memberi penjelasan.Maka Ka'ab ingin beralasan dan jika dia beralasan dan berhujah dia pasti akan menang kerana beliau sememangnya berbakat dalam berjadal(berhujah) namun beliau berkata benar,begitu juga 2 orang lagi sahabat iaitu Murarah bin Rabi' Al-'amriy dan Hilal bin Umayyah Al-waqifiy. Mereka dihukum pulau, sedang orang lain sama ada uzur ataupun orang munafik yang beralasan. Namun Nabi S.A.W mengiyakan sahaja sesiapa yang memberi alasan(Nabi tidak meragui apa yang dikatakan kepadanya). Sedangkan orang munafik ini bahayanya sehingga duduk di dasar neraka!!
- Yang kedua dalam bab menjalankan hukuman kepada manusia berdasarkan yang zahir dan menyerahkan yang rahsia(tersembunyi) kepada ALLAH ta'ala. Usamah bin Zaid bercerita ketikaa Nabi S.A.W mengutus mereka memerangi kaum Juhaynah, beliau dan seorang sahabat ansar mengepung seorang lelaki tatkala itu lelaki itupun mengucap syahadah. Sahabat ansar tadi diam, maka Usamah r.a. menombak dan lelaki tadi mati. Apabila diceritakan kepada Baginda S.A.W, baginda marah dan mengulangi pertanyaannya sama ada beliau membunuhnya selepas dia mengucap. Dalam riwayat yang lain Nabi berkata "mengapa tidak dikeluarkan hatinya agar kau tahu dia berkata benar atau tidak".
Bismillah,
Masa KOMSAS '09 hari tu,
anasir 'jumper' telah menular....dan menyebabkan beberapa fenomena alam luar biasa(termasuklah meloncat2 kat kubur....jabal mauta....)huhu
Dan ini gamba yang baru dikesan kamera kami(kunun2 ayat seekers)
Bismillah,
post ini juga telah basi...tapi saya tetap ingin postkan.
:)
Ini cerita tentang KOMSAS '09 pula.Atau nama inggerisnya Kembara Matruh-Siwa 09, mana huruf 'O' janganlah kamu menanyakan sama saya.
Perjalanan ke Matruh tak jauh sangat lebih kurang 600 km dari Mansurah, durasi lebih kurang 7 jam KOT....
Kalau kt Malaysia sama dengan perjalanan....hemm, anda tentukan lah sendiri.
Siwa pula tambah lagi 300 km, lebih kurang Selangor ke Johor KOT...
Perjalanan yang jauh tu agak memenatkan dan yang boleh dibuat tengok ke luar tingkap sambil berfikir(ke termenung??...entah) ataupun tidur.
Matruh kawasannya dikelilingi pantai-pantai yang lawa dan cantik.Bayu dia pon pehh!!!
walaupun summer tak perlu kipas-kipas ni, tapi hati-hati kalau tidur tuh bahaya!!!
takut terlajak :)
Siwa pula kawasan oasis, tanaman utamanya zaitun yang sedap dan kurma yang sedap.
Memang jelas kelihatan perbezaan hidupan sebelum dan selapas memasuki kawasan Siwa.
Padang pasiaq lepas tu masuk kawasan tanaman!!!
Saya tertarik dengan Imam kawasan tu yang bagi penerangan tentang Siwa, kerana Siwa merupakan salah satu tanda kekuasaanNya bagaimana kawasan yang kontang dihidupkan dengan tanaman-tanaman(Siwa memang betul2 panas!!).
mereka sedang melarikan diri dr ombak tsunami~ahaha
**Alhamdulillah kami dapat balik dengan selamat, tak kurang atau terlebih orang.
Walaupun drama menyelamat tebusan terjadi...(org nk lemas sebenarnya sbb ombak besar).
Kalau drama kehilangan.....huhu.
Seminar Perubatan Islam Mansurah ni sebenarnya dah lama berlangsung, cuma baru sekarang nak di post...
Post ni cuma sekadar untuk meningkatkan minat kepada kawan-kawan lain untuk terus meminati perbincangan ilmiah.
Bagi yang ada halangan pada hari tersebut, nampaknya Allah tak mengizinkan nak buat macam mana(tapi tetap kerugian..hihi) pasti ada perancangan lain untuk anda~CAK!!.
Bagi yang tak menghadirkan jiwa dan raga sebab malas tu, alangkah ruginya....rugi kuasa lapan~
Sebab perbincangan banyak berkisar tentang apa yang dihadapi oleh seorang doktor mahupun Azhari yang akan jadi tempat pesakit bertanya.
Perbincangan kali ini masih menjelaskan tentang ibadah pesakit khususnya solat, puasa, dan bersuci.
Kepada rakan-rakan yang tak berkesempatan, antara persoalan yang ditimbulkan seperti penggunaan ubat asma(nebulizer), suntikan Intra venous, ubat titik mata dan telinga, hemodialisis dan sebagainya dalam keadaan orang yang berpuasa.Tentang bersuci bagi orang yang berpanjangan dalam keadaan hadas seperti istihadah(darah kotor yang keluar diluar waktu haid normal), org yang kencing tidak terkawal(sama ada kerana sakit atau menggunakan tiub).Dan banyak lagi(kena beli buku tu...)
dan panel yang mengupas persoalan tersebut adalah Ust Md Nadzrul Bin Md Nasir, Ust Salman Maskuri, dan Ust Syed Abd Kadir bin Syed Hussin Aljofree.Tok guru yang tak asing dikalangan pelajar-pelajar Malaysia Mesir.
Antara perkara yang menarik minat saya adalah penjelasan Ust Syed Kadir apabila ditanya, kitab apa yang perlu dirujuk jika hendak mengetahui sesuatu hukum, beliau menjelaskan bahawa jika dalam perubatan 'every patient is unique' maka begitu juga dalam hukum-hakam, ia perlukan penelitian dan justifikasi sesuatu masalah itu tidak 'monotonous' atau flat bagi setiap orang. Maka disinilah peranan ulama' atau orang yang fakih tentang hukum-hakam.
(Jika hanya dengan merujuk kitab bawwab(penjaga pintu) lagi 'alim katanya.....haha)
Masalah talfik(menggunakan pendapat imam-imam lain yang lebih rajih atau pendapat jumhur) juga turut dijelaskan ust Nadzrul dan ini sangat membantu saya dalam memahami masalah ibadah pesakit mahupun perkara-perkara lain.
Kebanyakan ulama' melarang(mengharamkan) talfik tetapi ada sebahagian yang membenarkan.
Di sini ada khilaf.
Iaitu ulama' yang mengharuskan talfik menggariskan beberapa perkara jika hendak talfik:
- Mestilah berilmu(dalam apa jua masalah nombor satu mestilah berilmu).
- Hanya melibatkan feqah sahaja dan masalah muamalat dan ibadah(bab munakahat adalah diharamkan talfik), bukan dalam masalah tauhid seperti mu'tazilah, syiah dsb ini disepakati.
- Jika ulama' dari mazhab yang ditalfik itu menilai sesuatu ibadah contohnya, kedua-dua mazhab membenarkan(ibadah itu sah) ibadah tersebut maka itu dibolehkan,Jika kedua-dua mengatakan tidak sah, maka dilarang talfik.
Khulasahnya, apa pun masalahnya yang paling penting ialah berguru.Jika tiada ilmu kena mengaji, jika kita mempelajari mazhab imam Syafie dan mengamalkan beserta sunat-sunatnya maka ia sudah memadai(dalam bab wudhuk contohnya ia merangkumi mazhab lain).
Keluar dari khilaf itu lebih utama.
Jika terdapat masalah atau kemusykilan,jumpalah atau bertanya kepada syeikh atau orang yang fakih.
Jika ada kesilapan harap dibetulkan.
Selayang pandang PERSIS.
Bismillah dan salam semua,
Soal hati??
Apa ni,tiba-tiba post soal hati ni....saya jatuh cinta agaknya.
Bukan ini yang nak dipost sebenarnya.Cuma sedikit perkongsian bersama kawan-kawan yang membaca post yang tak seberapa ini.
Hidup manusia ini telah ditentukan ajal masing-masing,suatu kepastian.
Dan kehidupan ini sangat singkat,kita melihat masa yang lalu seperti sekelip mata yang lalu.
Maka,jika kita teliti hidup kita, kita akan dapati kehidupan ini penuh dengan 'kebetulan-kebetulan' yang kadang-kadang mengajar hati kita supaya lebih sabar, lebih tabah, lebih berhati-hati dan paling penting menjadi lebih takut dan tunduk.
Apalah ertinya hati, tapi sangat keras hingga tak mampu lagi menangisi dosa dan kematian yang menanti.
Sedangkan orang beriman itu, jika disebut nama ALLAH akan gentar hatinya dan bertambah keimanan.
Tapi hati yang dalam diri kita ini bukan milik mutlak kita,ALLAH yang berkuasa mutlak terhadap hati-hati kita.
Sebab itulah kita mesti sentiasa berdoa agar ditetapkan hati dalam mentaati ALLAH dan dalam beragama.hatta hati kita pun bukan milik kita.....apa lagi yang milik orang.Jadi usah disibukkan diri menyambar hati-hati manusia.
Kerana ia akan jadi seperti mengejar bayang-bayang....kita mengejar hingga matahari tenggelam dan sambung kembali keesokan harinya.Sia-sia.
Tapi kadang-kadang, kita terlepas pandang perkara yg nampak mudah..tapi punyai impak yang besar.
Kita TERLALU cepat membuat penilaian terhadap hati seseorang, sedangkan kita tak boleh melihat hatinya.Betul atau tidak belum jadi soalnya, soalnya kelayakan kita menghukum hati seseorang.....
LAYAKKAH KITA??
Kita hanya mampu melihat yang zahir, jangan hukum melainkan apa yang memang telah zahir dan dipastikan.
Kerana apabila anda menghukum hati seseorang anda baru sahaja menjadi si pekak yang menjadi hakim yang mendengar hujah.
Jangan lah menghukum yang anda tak tahu sebab pasti ada yang menjadi mangsa disitu.....
**dipost oleh insan yang sering tersilap.
Bismillah,
Dunia Islam dirundung kesedihan tatkala berita kewafatan Syeikh Dr Fathi Yakan disahkan oleh wakil pejabat beliau.
Pemergiannya amat dirasai dunia Islam,kehilangannya ditangisi.
Semoga ruhnya ditempatkan bersama para solihin dan aulia' sebagai sebaik-baik teman.
Ini mengingatkan saya pada pesanan seorang teman tentang pemergian orang yang kita kasihi,
"Kesatlah air matamu itu dan titipkan doa untuknya"
Ketokohan beliau wajar diambil iktibar,usaha yang gigih itu perlu disambung.
-Innalillah wa inna ilaihi raaji'un.-
Jam 2246
Panggilan dari seorang sahabat yg bertanya tentang berita.
Azizan:salam,tengah buat apa?? ada dapat berita dari Kaherah?
Saya:takde pulak,kenapa?
Azizan:Ada kawan kita di Kaherah eksiden
Saya:siapa?!
Azizan:Ammar
Saya:ammar macam mana??
Diam sekejap.sepatah-sepatah diberitahu buat berdebar.
Azizan:Ammar koma
Saya:umm....
Tiada jawapan lain nk diucap.
Azizan:Nanti bgtau blk
Saya:umm...
Azizan:ok,salam.
Terbayang muka Ammar tahun 3 Universiti Cairo,"Mudah-mudahan semua ok"
Teringat status ym nya "cmon amar,cmon"
Tak tahu siapa yg patut dihubungi.....Zubair tak angkat telefon dia.
Taufiq kut...terus saya cal nombornya.
Saya:Taufiq da dgr??
Saya:apa perkembangannya??
Taufiq:tadi Umar hantar mesej.....Ammar dah takde,pastu mesej pulak, dia kata yang tu maklumat polis.
(masih ada harapan silap!!)
Taufiq:hemm....doakan.
Mesej pemergian Ammar di forward...ini belum pasti,takpe masih ada harapan.
Masih menunggu berita....
Teringat raya korban,Ammar kata tak pernah sembelih binatang.Tapi hari ni sembelih qaruf.
Wah.....terus level tinggi.Ya ALLAH mudah-mudahan Ammar selamat.
Sport day....."jangan lupa copy gamba main galah panjang tadi"kata Ammar.
"Gamba duk melompat...hehe"
Teringat makan sekali,sembang sekali....
Ammar ok ni!!
Sampailah....
Mesej masuk:
"askm,Al-fatihah buat saudara Ammar yg meninggal dalam kemalangan maghrib td.Doakan ruhnya dimasukkan kedalam syurga bersama solihin,amin.wslm"
Hanya tarji' yg keluar.... "Innalillah"
Mesej ym pun menyampaikan berita yang sama.....inilah ketentuanNya.
"salam...makluman...5 orang sahabat kita MEDIC KAHERAH yang terlibat kemalangan maghrib tadi..kecederaan kritikal..doa2kan keselamatan dan kesihatan mereka..sorang sudah meninggal..amar zulkifli dari penang..medic yang kemalangan tadi...alfatihah..sebarkan"
Cairo ke Fisio???
Biarlah ditentukan esok hari,tenang dulu hari ni.
Mudah-mudahan keluarganya dimudahkan dengan urusan ini.
"Ya ALLAH masukkan kami ke syurga bersama"
Klip ini saya dedikasikan buat Ammar Zulkifli......semoga dirahmati ALLAH sahabatku.
Ini juga peringatan agar sentiasa bersiap dengan kematian yang akan datang bila-bila,dan mungkin SELEPAS INI SAYA ATAU ANDA.
Bismillah,
Salam motivasi buat sahabat-sahabat se-Mansurah yg masih dalam fatrah imtihan.
Semoga tiada yang 'keracunan exam',biasala kalau ada yang sakit-sakit perut kencing tak lawaslah macam-macam.
Post kali ni 'Kawan Makan Kawan'.
Macam baru kena 'makan' je tiba-tiba post tajuk ni kan.Tapi sebenarnya tiada kaitan dengan yang dimakan mahu pun yang memakan.
Kalau nk cerita tentang tajuk ni memang sampai tahun enam nanti pun tak sudah.Cuma saya nk mengajak anda untuk melihat perkara ini dari persepsi berbeza sedikit.
Namanya makan,tapi ada ke makan yang lain?!
Hemm...mestila ada,cuma selalu kita tak perasan.Kadang-kadang kita makan kawan kita sendiri.
Tergamak ke kita nak buat macam tu?!
Mungkin kalau kawan kita kena hentam kitalah yang jd back up,sampai bergasak pun tak kisah....
Katanya:"membe punya pasal,xde hal lah!!"
Ayat dah macam kawan sejati.
Habis tu apa masalahnya?!
Masalahnya bila kawan kita langgar hak Tuhan kita...
Kita biar je,kita terlalu melihat yang zahir sahaja.Sedangkan keselamatan dan air muka di akhirat lebih utama.
Kadang-kadang kita tiada kekuatan untuk menyuarakan kebenaran itu sebab kita lebih menjaga hati manusia...ruginya.
Kesilapan dalam mentafsir semangat setiakawan,skopnya berdasarkan pandangan diri sendiri yang lemah.Jika dimuhasabah kembali,lazimnya situasi sebegini terjadi kerana tujuan menjalin persahabatan yang tidak utuh.
Apa tujuan yang utuh itu?!
Tidak lain dan tidak bukan mencari redhaNya,bukan kerana rakan sekolah,rakan sepermainan semata.Tidak dinafikan itu adalah katalis dalam meningkatkan kenalan,tapi bukan 'main reaction'nya.
Jadi tegurlah rakan anda yg melakukan kesilapan jika anda betul-betul temannya,kalau marahkan teman anda jangan melebihi 3 hari tidak bertegur.
Dan jika berlaku begitu dikalangan rakan anda,masa untuk bertindak.
*Yang post ni manusia juga,kalau silap tegur yea




